suria

Lambat baling mercun bola, tangan dan dahi Naim Daniel cedera

Naim serik nak bermain mercun bola lagi.

PENYANYI dan pelakon Naim Daniel mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan kanan dan dahi selepas terkena percikan mercun bola di halaman rumahnya.

Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 25, berkata, tindakan lewat membaling mercun tersebut menyebabkan ia meletup di tangannya.

"Biasalah main mercun bola, lupa buang cepat-cepat dan ia meletup dekat tangan.

DFY 5

Naim cedera semasa bermain mercun.

"Nasib baik kuku sahaja pecah dan dahi ada sikit berdarah... bertanda," katanya kepada mstar.

Kata Naim, selepas kejadian tersebut dia segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dengan rumahnya.

Mengambil iktibar dengan apa yang berlaku, Naim berharap orang ramai agar berhati-hati semasa bermain mercun bagi mengelakkan kejadian seperti itu menimpa orang lain.

Malah Naim juga memaklumkan dia serik bermain dengan mercun bola dan sekarang hanya berani bermain bunga api.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya nyanyi secara terbalik di AJL37, Naim Daniel terima pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel seronok tengok kemunculan ramai bakat baharu, tidak pernah anggap diri sudah senior

"Jangan main mercun... hati-hati dengan keadaan sekeliling kalau tidak jadi macam saya.

"Saya pun dah main bunga api sahaja sekarang ini," ujarnya sambil berseloroh.

Sebelum ini, Naim memuat naik beberapa hantaran yang memaparkan keseronokannya bermain mercun namun ia bertukar tragedi apabila dirinya tercedera.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain