suria

Ahmad Nawab terima gelaran Tan Sri, Fahmi Fadzil ucap tahniah

Fahmi ucap tahniah kepada Ahmad Nawab.

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada komposer Datuk Seri Dr Ahmad Nawab di atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Fahmi menerusi Twitter miliknya berkata, penganugerahan ini merupakan satu penghormatan yang besar buat anak seni tanah air.

"Tahniah buat komposer terkenal, Datuk Seri Dr Ahmad Khan Nawab Khan (Ahmad Nawab).

ahmad1 - 1

Ahmad Nawab terima gelaran Tan Sri.

"Beliau antara penerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

"Satu penghormatan yang besar buat anak seni tanah air. Syabas Tan Sri Ahmad Nawab," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Ahmad Nawab kini bergelar Tan Sri, Fauziah Nawi dan DJ Dave antara terima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Agong

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Nawab pernah pulangkan semula duit RM22,000 kerana tak dapat ilham, menangis dengar anak didik sendiri menyanyi di konsert tribute

Pada Isnin, Ahmad Nawab atau atau Ahmad Khan Nawab Khan, 91, dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain Ahmad Nawab, pelakon Fauziah Nawi turut menerima Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) bagi kategori penggiat seni sebagai pengiktirafan terhadap jasa sepanjang berkecimpungan dalam kerjaya sebagai artis.

Manakala, penyanyi Datuk DJ Dave atau Irwan Shah Abdullah, 75, menerima Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

DJ Dave tersenarai bagi kategori sukarelawan untuk jasanya sebagai Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain