suria

Kembali ikut program dakwah selepas 18 tahun tinggal, Iman Zulkarnain malu kerana banyak dosa

Iman teruja dapat kembali mengikuti majlis ilmu.

PELAKON Iman Zulkarnain meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri sebuah majlis agama sekaligus dianggap kembali mendekati jalan dakwah.

Kata Iman atau Nuriman Zulkarnain, 32, terlibat dalam program agama sedemikian merupakan cara untuk merawat hati selepas lebih 18 tahun meninggalkannya.

"Akhirnya, setelah 18 tahun meninggalkan kerja dakwah, sekali lagi Allah menjemput saya untuk sama-sama menikmati kurniaan yang terlalu istimewa ini.

iman zulkarnain 2

Iman bersama rakan-rakan dalam program agama baru-baru ini.

"Allah takdirkan pula berjumpa dengan hamba-Nya yang mulia serta soleh untuk menyantuni saya. Merawat hati dan jiwa dengan santunan terpuji," katanya.

Iman menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Dia dilihat menghadiri majlis ilmu berkenaan yang diadakan di Pulau Perhentian, Terengganu, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok jalani hidup sebagai duda, Iman Zulkarnain rasa lebih bebas selepas ceraikan 2 isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Iman Zulkarnain nasihat pelakon watak gay Danish Iskandar tidak melatah, kekal positif biarpun dikecam

Tambahnya dia sudah lama memasang impian untuk sama-sama terlibat dalam program agama seperti itu namun merasakan diri tidak layak menyertainya.

"Sebenarnya sudah lama saya merindui untuk keluar di jalan Allah. Tetapi mengenangkan diri yang kotor dan hina ini, saya rasa tidak layak untuk turut sama dengan mereka yang bersih dan mulia.

Sejujurnya saya tidak tahu apa yang Allah pandang pada pendosa tanpa noktah yang hina ini

IMAN ZULKARNAIN

PELAKON

"Satu perasaan yang tidak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata selain Alhamdulillah," ujarnya.

Sedar akan kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini, Iman juga tidak menyangka hatinya terdorong untuk sekali lagi mengikuti majlis agama seperti itu.

iman zulkarnain 3

Iman meluahkan rasa syukur diberi kesempatan untuk mengikuti program dakwah.

"Sejujurnya saya tidak tahu apa yang Allah pandang pada pendosa tanpa noktah yang hina ini.

"Mana mungkin pendosa seperti saya ini layak untuk berdiri dan berjalan bersama mereka yang mulia melakukan," ungkapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain