suria

[V] “Sekurangnya saya jujur...” - Amelia Henderson tenang dikecam seksi, tak melatah baca komen netizen

Amelia terbuka dengan segala kritikan.

TIDAK melatah apabila dikecam kerana berpenampilan seksi, pelakon dan pengacara Amelia Henderson terbuka dengan segala kritikan daripada netizen.

Amelia atau nama lengkapnya Amelia Thripura Henderson menganggap kritikan diterima itu merupakan asam garam yang perlu dilalui anak seni memandangkan dirinya sentiasa menjadi tumpuan ramai.

Jelas Amelia, sokongan keluarga dan insan tersayang adalah lebih penting selain perlu bersikap jujur dengan peminat mengenai penampilannya.

amelia1 - 1

Amelia terbuka dengan kritikan yang diterima.

"Bila bekerja sebagai seorang public figure, akan ramai orang yang boleh bercakap pasal saya. Masuk sahaja ke bidang hiburan, perkara sebegitu sudah perlu bersiap sedia.

"Kadang-kadang apa yang netizen kata itu ada betulnya, kadang kala tidak betul. Sebab mereka tiada pun dengan saya setiap hari dan tidak kenal siapa saya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aedy Ashraf ke Cannes demi sokong Amelia, sedang bahagia tapi serah soal jodoh pada takdir

ARTIKEL BERKAITAN: Amelia Henderson benci dipanggil janda, minta masyarakat jangan rendah martabat wanita

"Saya terbuka dengan semua komen yang orang berikan pada saya. Dalam masa sama, saya sangat ambil berat dengan diri sendiri dan hanya saya yang tahu siapa saya.

"Selagi keluarga, orang tersayang ada dengan saya dan sokong saya, Alhamdulillah. This is me, sekurangnya saya jujur dengan pendirian saya sendiri," katanya kepada pemberita.

Bila bekerja sebagai seorang public figure, akan ramai orang yang boleh bercakap pasal saya.

AMELIA HENDERSON

PELAKON

Amelia berkongsi perkara itu ketika ditemui acara penjenamaan semula Fam Fries yang diadakan di Kuala Lumpur pada petang Ahad.

Pelakon filem Pulau itu juga mengakui tidak pernah rimas apabila imej seksinya menjadi bualan ramai.

Katanya, dia lebih memfokuskan komen positif dan murni yang ditinggalkan peminat di media sosialnya.

"Saya rasa macam okay sahaja. Soal pakaian seksi ini dah berterusan lama dari dulu lagi. Saya terima macam-macam komen negatif dan ada dalam masa sama ada juga komen positif yang orang berikan.

amelia2 - 1

Amelia tidak mahu cepat melatah.

"Saya bila baca komen positif saya sangat terharu dan tak sangka. Sekiranya isu pakaian yang membuat saya dapat komen negatif, itu okeylah pada saya.

"Saya sentiasa baca komen supaya saya boleh tahu siapa yang sentiasa sokong dan beri semangat pada saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain