PENYANYI Tiara Andini membuat kejutan apabila melancarkan single terbaharu berjudul Tega tanpa sebarang pengumuman rasmi berhubung penerbitan lagu baharu ini. Menurut Tiara atau Tiara Anugrah Eka Setyo Andini, 22, dia sengaja tidak berkongsi berita mengenai single ini terutama di media sosial adalah kerana ingin memberi kejutan istimewa buat peminat. "Tiada sebab apa pun, saya cuma mahu ini dikeluarkan tanpa sebarang pemberitahuan atau pra-keluaran. Jadi ia benar-benar mengejut," katanya. Tiara buat kejutan untuk peminat. Membawa genre muzik pop balada, Tega dicipta sendiri oleh Tiara dengan kerjasama penyanyi Andmesh Kamaleng merupakan sebuah lagu yang mengisahkan tentang kesedihan sebuah kisah cinta. Dalam pada itu, Tiara turut mengakui kesukaran walaupun ia adalah lagu ciptaannya sendiri, bilangan not tinggi merupakan salah satu halangan yang dihadapi dalam proses rakaman. ARTIKEL BERKAITAN: Tiara Andini rakam lagu komposer Korea Selatan di Malaysia, cuba genre kpop sebagai kelainan ARTIKEL BERKAITAN: Tangan Tiara Andini lebam gara-gara tampar Jefri Nichol... Akui pertama kali pukul lelaki "Lagu ini sangat sedih, ceritanya mengisahkan tentang seorang yang ditipu pasangannya dan akhirnya memilih untuk berpisah. "Lagunya agak susah kerana banyak nada tinggi dan itu memerlukan usaha yang lebih. Mujur proses rakaman dapat dijalankan dengan lancar," katanya. Menerusi single Tega ini, Tiara berharap agar dapat didengari dan dinikmati oleh peminat serta dapat mewakili perasaan mereka yang terluka dengan situasi yang sama dalam lagu ini. Tiara berharap single terbaharunya ini diterima ramai. "Semoga ramai yag suka dan mendengarnya. Saya juga berharap sekiranya mereka yang mendengar lagu ini mempunyai pengalaman yang sama. "Saya harap mereka menemui jalan penyelesaian terbaik dalam situasi yang dialami," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!