suria

Bakal bertanding PRN wakili Pas? Eizlan terharu sokongan Timbalan Menteri Besar Kelantan

Eizlan mahu fokus pada perjuangan bersama Annuar Musa.

KEPUTUSAN pelakon Datuk Eizlan Yusof menyertai Parti Islam Se-Malaysia (Pas) mendapat reaksi positif pelbagai pihak termasuklah Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan Naib Presiden Pas Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Penyertaan pelakon itu bersama Pengerusi Muafakat Nasional (MN) iaitu Tan Sri Annuar Musa menimbulkan tanda tanya ramai adakah Eizlan bakal menjadi calon Pilihanraya Negeri (PRN) mewakili Perikatan Nasional (PN).

Terharu dengan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk ahli majlis tertinggi parti berkenaan, Eizlan atau Idris Md Yusof, 52, memberitahu fokusnya kini adalah menyokong Annuar dan perjuangan mereka dalam Pas.

pas2 - 1

Eizlan dan Annuar sama-sama menyertai Pas.

"Saya amat menghargai dan terharu dengan sokongan diberikan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar.

"Buat masa ini fokus saya untuk menyokong Tan Sri Annuar Musa dan perjuangan kami bersama Pas tanpa syarat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Eizlan rasmi sertai Pas, percaya perjuangan dibawa... Ikut Annuar Musa

ARTIKEL BERKAITAN: "Yang penting boleh kerja untuk rakyat!" - Eizlan Yusof bidas pandangan artis tak layak jadi ahli parlimen

Sebelum ini, Mohd Amar dalam satu kenyataan menyifatkan penyertaan Annuar dan Eizlan memberi impak besar dan boleh meningkatkan sokongan pengundi Pas.

Menurut beliau, kemungkinan ramai lagi ahli daripada parti lain akan mengikut jejak langkah mereka.

Mohd Amar bagaimanapun berkata Pas belum membincangkan peluang dua individu itu untuk bertanding pada PRN di Kelantan.

Pada Sabtu lalu, Eizlan mengesahkan dia kini secara rasmi menyertai Pas selepas timbul desas-desus berhubung perkara itu sejak berapa hari sebelum itu.

pas1 - 1

Eizlan percaya dengan perjuangan yang dibawa Pas.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya bersempena Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan di Dataran D'Cattleya, Senawang.

Selain Eizlan dan Annuar, Pas turut menerima 3,000 keahlian baharu termasuk Datuk Fyzal Fauzy, mantan Setiausaha Sulit kepada mantan Menteri Luar, PU Raihan dan Dayangku Intan.

Pas sebelum ini pernah disertai oleh beberapa artis terkenal termasuk Datuk Aishah, Hairie Othman dan Abby Abadi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain