PELAKON Puteri Sarah Liyana berkongsi berita duka memaklumkan anak bongsunya iaitu Sumayyah dijangkiti virus Covid-19 buat kali kedua. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, meluahkan rasa sedih apabila kali ini dia tidak dapat menjaga anaknya yang sedang menjalani kuarantin di rumah. Puteri Sarah mohon doa buat kesembuhan Sumayyah. Kata Sarah lagi, hatinya luluh apabila setiap kali membuat panggilan video anaknya itu menangis kerana mahukan dia berada di sisi. "Sedih sangat kali ini tak dapat jaga Sumayyah kuarantin sebab saya sibuk shooting. Alhamdulillah, mama saya tolong jagakan Sumayyah. ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah tumpang gembira pernikahan Janna dan Dini, minta doakan dirinya pula ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah bantah injuksi sebab kebebasan bersuara, mahkamah buat keputusan 14 Ogos "Tapi setiap kali membuat panggilan video pasti dia menangis nak Mama. Allah sahaja tahu luluh hati ini bila berjauhan dengan anak," katanya. Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada pagi Selasa. Dalam pada itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya ini memohon orang ramai mendoakan agar anak perempuannya itu diberikan kesembuhan daripada virus berkenaan. "Rindu sangat dengan anak kecil ini. Doakan semua ya Sumayyah sembuh dari Covid-19. Ini kali kedua Sumayyah kena. Hari ini dah hari keenam dia kuarantin," ujarnya. Hasil perkahwinan Puteri Sarah dan pengarah Syamsul Yusof, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.s Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!