suria

Bekas suami meninggal dunia... Ieda Moin jaga hubungan baik hingga nafas terakhir, sedih anak hilang bapa tercinta

Ieda berkongsi kesedihan atas pemergian bekas suami.

PEMERGIAN bekas suami pelakon Ieda Moin meninggalkan kesan cukup mendalam buat anak perempuannya iaitu Nur Dhia Dania kerana kehilangan seorang insan bergelar ayah.

Ieda atau Siti Haida Abdul Moin, 44, berkata biarpun dia dan bekas suami iaitu Mohamad Naquib Idris atau lebih dikenali sebagai Qib telah berpisah, namun mereka masih lagi menjalinkan hubungan baik sebagai sahabat.

"Semalam (Isnin) hari yang amat memeritkan buat anakku Dhia kerana kehilangan insan bergelar ayah yang amat menyayanginya.

ieda1 - 1

Ieda sedih anaknya telah kehilangan seorang bapa.

"Walaupun kami telah berpisah, hubungan kami tetap baik demi anak. Ibaratnya kami bukan ditakdirkan sebagai suami isteri tetapi sebagai sahabat baik," katanya.

Ieda berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Selasa.

Dalam pada itu, Ieda memberitahu dia juga turut merasakan kehilangan kerana Allahyarham pernah berada dalam hatinya satu ketika dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Muka kebas dan sukar bernafas akibat tekanan darah tinggi, Ieda Moin dimasukkan ke hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari pasang surah al-Baqarah... Ieda Moin trauma kena sihir, teruk sampai hubungan dengan suami pun panas

Pelakon The Maid itu juga turut mengucapkan terima kasih buat suaminya iaitu Mohd Amril Gulkhan Abdul Rahman kerana telah membantu menguruskan pengebumian jenazah.

"Saya juga rasa kehilangan arwah kerana arwah pernah berada di dalam hati saya satu masa dulu. Kita tak boleh tipu.

"Terima kasih suamiku Amril kerana membantu anak kita, Dhia bersama-sama memandikan dan kafankan arwah sehingga selesai.

"Buat ahli keluarga bekas suami, saya ucapkan takziah kerana kehilangan anak dan adik lelaki. Tak lupa juga takziah buat isteri Allahyarham yang telah kehilangan suami tercinta.

"Terima kasih juga kepada semua yang hadir menziarahi Allahyarham termasuk rakan-rakan artis yang turut meluangkan masa datang menziarahi," ujarnya.

Pada Isnin, Naqib telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam, Selangor pada pukul 8.30 pagi.

Menurut Ieda, bekas suaminya itu meninggal dunia secara mengejut apabila rebah di katil selepas mandi.

ieda2 - 1

Ieda berterima kasih kepada suami kerana telah membantu urusan jenazah.

Sebelum itu, Naqib di masukkan ke Hospital Shah Alam pada Jumaat lalu kira-kira pukul 2 pagi akibat masalah jantung.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Seri Gombak, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Ieda mendirikan rumah tangga dengan Naqib pada 4 November 2006 dan bercerai talak satu pada 18 Disember 2014.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain