suria

Untung Izzue Islam dapat isteri tak banyak songeh, selesa hidup sederhana... “Dia tidak pernah minta bukan-bukan”

Izzue syukur Awin seorang isteri yang memahami dan bersederhana.

PELAKON dan penyanyi Izzue Islam meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang sederhana dan cukup memahami dirinya.

Kata Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, isterinya iaitu Awin Nurin tidak pernah mengharapkan balasan setiap kali melakukan pengorbanan dalam rumah tangga mereka.

"Saya bersyukur memperisterikan dia... dia tak pernah minta bukan-bukan. Siapa yang mengenali isteri saya mesti tahu!

Izzue bahagia hidup bersama Awin.

"Isteri saya ni kalau dia berkorban untuk orang tak apa, tapi kalau orang nak buat untuk dia, dia tak mahu pula.

"Kalau nak sesuatu pun dia akan beli guna duit simpanannya sendiri. Saya untung dapat dia! InsyaAllah cinta saya akan sentiasa hidup untuknya," katanya kepada mStar.

Izzue berkongsi perkara itu ketika ditemui di Pushbike Championship 2023 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih dikenali sebagai pelakon, Izzue Islam sudah lama tak dapat undangan nyanyian

ARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam kini bergelar pengacara, gementar kendali Muzik Muzik secara solo

Berkongsi mengenai sikap isterinya, Izzue memberitahu Awin sentiasa membuat kejutan setiap kali tiba ulang tahun kelahirannya.

Namun apabila tiba gilirannya, Awin memilih untuk mengutamakan hal kerja dan mahu disambut secara sederhana sahaja.

Malah ulang tahun kelahiran isterinya baru-baru ini juga masih belum diraikan kerana mereka terlalu sibuk bekerja.

Kami selesa hidup sederhana.

IZZUE ISLAM

PELAKON/PENYANYI

"Saya tak pernah lupa hari lahirnya cuma saya terlalu sibuk kerja. Saya mengaku tak sempat nak beli hadiah tapi dia tak kisah dan minta saya utamakan kerja dahulu.

"Kami selesa hidup sederhana, kadang-kadang hari jadi dah lepas barulah dapat hadiah.

"Apabila hari jadi saya, kami sambut tapi bila tiba giliran dia pula tak mahu.

Izzue setia mencintai Awin sepanjang hayat.

"Terpaksalah saya rancang buat kejutan untuk isteri," ujarnya.

Untuk rekod, Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 namun pasangan ini masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain