LAMA tidak muncul dalam mana-mana drama atau filem, pelakon Datin Fouziah Gous berkata rindunya terhadap bidang seni terubat apabila masih menerima tawaran pengacaraan. Kata Fouziah atau Nor Fouziah Mohd Gous, 41, dia kini agak selektif dalam pemilihan watak lakonan kerana tidak mahu muncul dengan karakter sama seperti pernah dibawa sebelum ini. “Selain faktor masa, watak juga antara sebab saya lama tidak berlakon. Sebelum ini saya telah mencuba pelbagai watak. Jadi kalau nak buat kemunculan semula perlu berbaloi. Fouziah lebih memberi tumpuan pada pernigaan. “Bagaimanapun saya tidak boleh berjanji akan kembali berlakon jika diberikan watak menarik. “Saya sangat menikmati apa yang dilakukan sekarang ini. Saya masih lagi mengacara, jadi tiada istilah rindu kerana saya juga tidak pernah bosan dengan apa yang dilakukan,” katanya kepada mStar. Fouziah ditemui ketika majlis pelancafan acara Feel Good Fast Food yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk dengan bisnes, Fouziah Gous hanya pilih tawaran yang beri impak ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa bilang hari bersalin anak kedua, tak mahu dedah wajah bayi di awal kelahiran... Pilih pantang cara kampung Mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan sekitar tahun 2008, aktres ini juga menolak dakwaan terlibat dengan sebarang unsur penggubahan wang haram seperti yang sering dikaitkan dengan selebriti lain. Tegas Fouziah, dia menggunakan modal sendiri sepenuhnya sejak awal membabitkan diri sebagai seorang usahawan. “Saya pun tidak faham sangat isu cuci duit ini kerana tidak banyak membaca tentangnya. Saya mulakan pernigaan dengan modal sendiri tanpa ada sebarang pelabur. Jadi biarpun saya menjual produk dengan harga murah, tiada istilah cuci duit DATIN FOUZIAH GOUS PELAKON “Tiada juga orang yang mahu mendekati saya untuk bertindak sebagai pelabur dan menjadikan ia sebagai jalan untuk cuci duit. Jadi biarpun saya menjual produk dengan harga murah, tiada istilah cuci duit,” jelasnya. Dia juga sempat berkongsi nasihat kepada golongan selebriti supaya lebih peka apabila melibatakan diri dalam perniagaan supaya tidak mudah diperdaya oleh mana-mana pihak. Dalam pada itu, Fouziah berkata bidang perniagaan ini juga telah membuka matanya mempelajari banyak perkara termasuk hal pengurusan. Fouziah nasihat rakan artis berhati-hati melibatkan pelabur dalam perniagaan. “Setiap selebriti kena semak dahulu latar belakang mana-mana pihak yang mahu menjadi pelabur. Kita ada badan yang boleh melakukan perkara itu supaya tidak ditipu kemudian hari. “Ramai yang baru bermula dan saya rasa ia tidak salah kerana banyak perkara yang boleh dipelajari melalui pernigaan,” ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!