SELEPAS lapan tahun tidak bertemu, penyanyi Datuk Awie meluahkan rasa teruja apabila berpeluang bertentang mata dengan anak kandungnya pada Aidiladha ini. Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 55, dia berharap perancangan untuk bertemu dua orang anaknya iaitu Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha akan berjalan dengan lancar seperti diharapkan. "Insya Allah raya haji tahun ini saya mungkin akan bertemu dengan anak saya yang sudah terpisah selama lapan tahun. Mungkin ia akan menjadi raya yang bermakna untuk saya. "Kalau mengikut penjanjiannya saya mungkin akan bertemu mereka pada hari raya pertama dan saya teruja menantikan hari tersebut. Harap-harap dapatlah," katanya kepada mStar. Antara anak-anak Awie sewaktu masih kecil. Awie berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam tayangan perdana filem Sue-On yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Selasa. Penyanyi itu bagaimanapun masih belum boleh berkongsi secara terperinci mengenai pertemuan itu memandangkan anaknya belum memberi kata putus. Namun dia meletakkan harapan yang besar untuk bertemu dua orang anaknya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Tribute buat Mamat Khalid, Awie harap dapat terbit lebih banyak filem selepas ‘Sue-On’ ARTIKEL BERKAITAN: "Saya 'Larikan' Anak Darah Daging Sendiri" - Rozana Misbun "Tapi masih belum ada perancangan untuk bertemu di mana, saya masih menunggu balasan mesej daripada dia... kalau dia kata nak keluar saya akan bawa keluar. "Sebabnya dia (Qasseh) saja yang dapat hubungi saya... saya tak dapat nak hubungi dia. Saya pun tak tahu nombor telefon dia. "Kalau tidak dapat bertemu sehari... setengah hari pun tidak mengapa," ujarnya. Berkongsi lebih lanjut, Awie memberitahu anak perempuannya yang mesra dipanggil Qasseh itu yang menghubungi dirinya terlebih dahulu meluahkan rasa rindu sebaik pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada Ramadan lalu. Saya menerima mesej dari Qasseh ketika saya di Tanah Suci Makkah pada bulan Ramadan lalu. AWIE PENYANYI Malah selepas kejadian itu, mereka kerap berhubung dan penyanyi berkenaan juga sentiasa menanti mesej daripada anaknya itu. "Saya memang tak dapat nak hubungi dia selama lapan tahun... ini pun anak perempuan saya yang hubungi saya. Mereka pun dah 13 dan 15 tahun sekarang ini. "Saya menerima mesej dari dia ketika saya di Tanah Suci Makkah pada bulan Ramadan lalu. Saya banyak berdoa semasa di sana tak sangka bila saya balik anak saya ada mesej saya. Memang berderai air mata saya," jelasnya. Untuk rekod, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha merupakan anak hasil perkahwinan Awie bersama Rozana Misbun. Rumah tangga Awie dan Rozana hangat diperkatakan suatu ketika dulu. Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2006 namun bercerai pada 2014. Mereka memiliki tiga orang cahaya mata yang mana seorang lagi iaitu Putra Ahmad Merrah tinggal bersama penyanyi berkenaan. Bercerita mengenai filem terbitannya berjudul Sue-On, Awie memaklumkan watak Zainab yang dibawa oleh Erra Fazira pada asalnya ditawarkan kepada seorang pempengaruh. Namun nama individu berkenaan terpaksa digugurkan selepas meminta bayaran yang terlalu tinggi. Sue-On temui peminat pada 6 Julai ini. "Watak itu untuk seorang pempengaruh, tapi dia demand tinggi sangat. "Sebabkan itu saya pun terus hubungi Erra dan Alhamdulillah Erra tak ada buat apa-apa ketika itu dan dia terus kata setuju. "Watak itu bukan besar mana pun, tapi disebabkan Erra pegang dia jadi lain," ujarnya. Selain Awie dan Erra Fazira, filem Sue-On yang bertemakan komedi seram turut dibintangi Reen Rahim, Ropie, Shawani, Achey, Azlee Senario dan ramai lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!