suria

Fadlan Hazim sedih keluarga isteri tak hadir pernikahan... Tiada perancangan miliki ramai anak

Fadlan sedih keluarga mentua tak menghadiri majlis nikah.

DALAM kegembiraan bergelar suami kepada Aiya Mukhamedsalova, pelakon Fadlan Hazim turut meluahkan rasa sedih apabila keluarga isteri dari Kazakhstan tidak dapat menghadiri majlis pernikahan mereka.

Memandangkan keluarga mentua perlu menguruskan beberapa perkara penting, Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 31, berkata majlis resepsi yang dirancang juga terpaksa ditangguhkan pada Oktober depan bagi membolehkan mereka semua hadir.

"Memang sedih sebab keluarga isteri tidak dapat datang. Tetapi benda yang wajib perlu diteruskan. Syukur semuanya berjalan lancar.

fadlan 3

Fadlan jadi suami Aiya dengan sekali lafaz.

"Bukan mudah nak kumpul semua ahli keluarga isteri untuk datang ke sini (Kuala Lumpur). Jadi sebab itu majlis resepsi yang dirancang bulan ini pun terpaksa ditangguhkan,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Fadlan sah bergelar suami kepada Aiya dengan sekali lafaz pada Ahad dalam majlis serba ringkas berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pasangan ini dinikah oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Fairudz Saderi.

ARTIKEL BERKAITAN: Fadlan Hazim dah jadi suami orang, selamat disatukan dengan wanita Kazakhstan

ARTIKEL BERKAITAN: Jalan atas paku dan minum susu kuda ujian ketika meminang, Fadlan Hazim kini tunang wanita Kazakhstan

Bagaimanapun, majlis berkenaan turut disaksikan oleh keluarga Aiya menerusi sesi panggilan video.

"Keluarga dia sana happy kami sudah bernikah.

"Kami tidak merancang untuk adakan majlis resepsi di sana. Tetapi pastinya kami akan balik ke sana nanti,” ujarnya.

Kalau boleh tak mahu anak ramai sebab kami akan selalu ulang-alik Kazakhstan dan Malaysia

FADLAN HAZIM

PELAKON

Bercakap mengenai karier, Fadlan berkata isteri cukup memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Selepas ini saya tidak akan memaksa kalau dia nak ikut saya ke mana-mana majlis. Terpulang kepadanya.

"Apabila dah bernikah ini bermakna dia faham dan menerima kerjaya saya. Lagi pun kami serasi dan memahami antara satu sama lain sebab sudah lama berkawan," ujarnya.

Fadlan Hazim pilih wanita Kazakhstan sebagai suri hati.

Fadlan dan isteri tak terburu-buru tentang anak.

Diusik tentang perancangan memiliki cahaya mata, pasangan ini memberitahu mereka tidak terburu-buru ke arah itu.

"Soal anak pula, rasanya tidaklah dalam masa terdekat. Kalau boleh tak mahu anak ramai sebab kami akan selalu ulang-alik Kazakhstan dan Malaysia,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain