suria

‘This Is Johan Live In Concert’ berlangsung meriah, persembahan bertenaga Joe Flizzow pukau 1,500 penonton

Joe kagum lihat peminat luar negara sanggup terbang ke Malaysia untuk tonton konsertnya.

KONSERT pertama penyanyi hiphop Joe Flizzow selepas 15 tahun bergerak solo berlangsung meriah di JioSpace, Petaling Jaya, Selangor pada malam Sabtu.

Konsert This Is Johan Live In Concert yang bermula pada pukul 9 malam itu dihadiri seramai 1,500 penonton menggayakan penampilan hiphop dengan cara mereka tersendiri.

Joe atau Johan Ishak, 44, membuka tirai persembahan dengan penuh bertenaga menerusi lagu Iller-Iller, Bergerak, dan All Around My World sekali gus menggamatkan suasana dewan.

Joe 2

Peminat puas hati dengan persembahan bertenaga Joe.

Sepanjang dua jam konsert berjalan, Joe turut mendendangkan peminatnya dengan 36 buah lagu berserta karya baharunya iaitu 501 dan Sunyi.

Tidak ketinggalan, lagu-lagu yang mengimbau kenangan seperti Dua Dunia, Alhamdulillah, 2Phat Baby, Anak Ayam dan Ala Canggung.

ARTIKEL BERKIATAN: Joe Flizzow ‘Sunyi’ walau nama dipuncak, kenang kehilangan bapa ketika sibuk naikkan Hip Hop

ARTIKEL BERKAITAN: “I say no!” - Joe Flizzow tidak berminat hasilkan lagu untuk ‘founder’ jika tak kena jiwa, ada pendirian dalam berkarya

Lebih membuatkan penonton teruja apabila Joe membuat kejutan berduet dengan Adeep, MK K-Clique, Azlan, Sona One, dan Alyph menerusi lagu Satu Malam Di Temasik, Sang Saka Biru, CIAO, Sampai Jadi dan Apa Kabar.

Bukan sahaja penonton dari Malaysia sahaja yang hadir malah turut dimeriahkan dengan peminat dari luar negara.

Konsert This Is Johan Live In Concert ini turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebagai tanda sokongan kepada penyanyi hiphop berkenaan yang telah lama bertapak dalam industri seni.

Joe 3

Gandingan bersama penyanyi undangan Sona One dan Alyph.

"Saya berterima kasih kepada peminat yang sanggup datang dari jauh, baik dari Malaysia ataupun luar negara," katanya.

Selain itu, rakan artis seperti Sophina Liana, Sherry Al Hadad, Sherry Ibrahim, Lucasickta dan anggota Dolla iaitu Sabronzo serta Angel turut dilihat hadir ke konsert berkenaan memberikan sokongan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain