suria

“Tiada istilah menumpang Ziana Zain”... Hasif Upin ‘koyak’ baca komen netizen, hampir berhenti jadi penyanyi

Ziana banyak memberi semangat buat Hasif.

PENYANYI baharu Hasif Upin mengakui terkesan dengan komen sesetengah pihak yang menganggap dirinya tidak layak untuk berduet dengan Ziana Zain dalam lagu baharu berjudul Waktu.

Gara-gara komen negatif itu, Hasif atau Hasif Sharuddin, 31, berkata dia pernah terfikir untuk menamatkan kerjaya nyanyian kerana terasa hati dengan kritikan netizen itu.

Akibat terlalu memikirkan mengenai perkara itu, dia juga tidak dapat memberikan persembahan terbaik semasa muncul dalam sebuah program televisyen.

hasif upin 3

Hasif terganggu dengan komen negatif.

"Saya pernah menyanyi dalam keadaan menggigil ketika muncul dalam sebuah program sebelum ini. Ketika itu saya baru terbaca komen negatif di media sosial, jadi ia sedikit mengganggu. Saya pula sebelum ini memang suka baca ruangan komen.

"Banyak komen yang diterima mengatakan saya tidak layak untuk berduet dengan Ziana Zain. Perkara itu membuatkan saya berkecil hati dan rasa mahu berhenti jadi penyanyi," katanya kepada mStar.

Hasif bagaimanapun berkata semangatnya kembali memuncak selepas menerima kata-kata sokongan daripada Ziana dan pihak pengurusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji TikToker Hasif Upin buat ‘challenge 10 saat’, selamba sedekah motosikal dan telefon... katanya bukan sebab nak viral

ARTIKEL BERKAITAN: “Queen is back”... Selepas 15 tahun menunggu, Anuar Zain puji gandingan Ziana dan Hasif Upin

Malah, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi membaca komen di media sosial dan lebih memberikan fokus kepada kerjaya seni.

"Ziana dan pihak pengurusan banyak memberi semangat untuk saya. Malah Ziana juga berkongsi pengalaman lebih teruk yang pernah dia lalui sebelum ini.

Banyak komen yang diterima mengatakan saya tidak layak untuk berduet dengan Ziana Zain

HASIF UPIN

PENYANYI

"Sekarang ini saya lebih fokus kepada kerjaya dan tak perlu lagi nak baca komen di media sosial. Saya kembali bangkit dan tidak 'koyak' lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, Hasif turut menafikan dakwaan dia mahu menumpang populariti Ziana yang sudah lama membina nama dalam industri.

hasif upin 2

Hasif tidak menumpang populariti Ziana.

"Sebelum dikenali dengan lagu Waktu ini, saya ada pengikut tersendiri di laman TikTok. Ziana juga ada peminat tersendiri, jadi tiada istilah menumpang populariti.

"Saya juga sudah berlakon dalam sebuah filem produksi Indonesia berjudul Paku Tanah Jawa yang bakal ditayangkan Disember nanti," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain