suria

Zarina Zainuddin sabar layan anak autisme, kali ini Azal lari rumah jiran stres Azil kerap mengamuk

Ketabahan dan kesabaran Zarina dipuji ramai.

MENGURUSKAN dua anak kembar menghidap autisme bukanlah tugas mudah buat pelakon Zarina Zainuddin.

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Zarina, 52, memuat naik video memperlihatkan Azal yang sudah hilang sabar dengan abangnya iaitu Azil yang kerap mengamuk di rumah.

Bimbang perkara buruk berlaku, Zarina berkata dia terpaksa membawa Azal bekerja bagi mengelakkan emosi anaknya itu terus terganggu.

azal1 - 1

Zarina terpaksa membawa Azal pergi berniaga di Singapura.

"Azal cuba mengawal emosi... sebab itu saya terpaksa bawa Azal pergi berniaga. Azal stres terus dekat rumah kerana abang Azil selalu buat Azal hilang sabar.

"Azal sampai lari duduk rumah jiran... Azal sekarang bersama saya di Singapura untuk berniaga," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin minta doa panjang umur, terkejut dapat berita dia sudah meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sedih bertukar lucu... Azal terkentut ketika penggambaran bersama Zarina Zainuddin, alasannya ada 'oksigen dan bakteria'

Dalam rakaman video dikongsi, Azil dilihat menyerang seorang wanita dengan pantas aktres berkenaan menenangkan anak istimewanya itu.

Malah, Azal dilihat menghubungi seseorang dipercayai bapanya bagi mengadu keadaan dirinya yang sudah tidak tahan dengan Azil.

Azal juga tidak mahu pulang ke rumah kerana tidak sanggup berdepan dengan abangnya dan menumpang di kawasan jiran.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan semangat dan berdoa agar pelakon berkenaan terus kuat dan dipermudahkan segala urusannya.

"Semoga akak terus sihat ya kak jaga Azal dan Azil... Semoga Allah beri ganjaran pahala tak terhitung nilainya.

"Hanya Allah sahaja yang tahu berapa kuat, tabah dan sabarnya kak Zarina.

"Hanya orang-orang terpilih dan istimewa yang dititipkan anak-anak yang istimewa... ladang syurga dan pahala untuk ibu Azal dan Azil," tulis netizen.

zarina1 - 1

Zarina dipuji tabah menguruskan anak-anak autisme.

Untuk rekod, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan yang kini berusia 27 tahun.

Azil menghidap hyper autisme manakala Azal mempunyai mild autisme yang dikesan ketika umur mereka berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain