suria

Kita tidak tahu kita akan masuk syurga atau neraka, Da’i Syed mohon maaf kepada wanita heretnya ke mahkamah

Syed telah pun memaafkan kesemua individu yang menuduhnya.

PENDAKWAH selebriti Da'i Syed tampil memohon maaf terhadap individu yang mengheretnya ke mahkamah atas tuduhan melakukan jenayah seksual tiga tahun lalu.

Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful Jamalullail, 28, berkata, permohonan maaf itu dibuat seikhlas hati sekiranya dia melakukan sebarang tindakan menyakiti individu tersebut mahupun orang lain.

"Saya minta maaf kalau saya lakukan kesalahan pada dia. Dengan saya ucapkan saya mohon maaf pada semua... Diri saya dan pada isteri saya, kalau kita lakukan yang menyakiti hati atau sebagainya.

"Jadi saya mohon maaf dari lubuk hati yang paling dalam," katanya.

SYeddd

Syed menjadi tetamu di siaran podcast di saluran YouTube Caprice.

Syed melakukan permohonan maaf itu semasa muncul dalam siaran podcast di saluran YouTube Caprice Original Films pada Ahad.

Menerusi rakaman tersebut, isterinya iaitu Hana Ismail yang sama-sama menyertai sesi berkenaan turut meluahkan rasa bangga dengan tindakan berani suaminya itu.

Dalam pada itu, Syed juga berharap semua pihak yang terlibat dapat menjalani hidup tenang selepas melalui ujian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri tempoh seminggu, Da'i Syed tuntut 2 wanita fitnahnya bayar ganti rugi RM1 juta

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Trauma terpalit kes jenayah seksual, Da'i Syed sampai jumpa ustaz berubat... Sedia cerita kisah sebenar dengan anak-anak

Syed juga berkata, dia telah pun memaafkan kesemua individu yang menuduhnya selain menganggap ia juga satu ujian buat dirinya.

"Apa yang boleh saya beritahu pada dia (individu berkenaan), hadapilah hidup ini dengan tenang sebab kita tidak tahu kita akan masuk syurga atau neraka.

"Jadikan dunia ini sebagai syurga. Bergembiralah. Doa kepada Allah moga beri kekuatan kepada kita semua.

"Kalau nak ceritakan yang saya dah maafkan... Saya dah maafkan lebih awal lagi. Saya anggap ini ujian Allah kepada saya untuk memberi cahaya dan jalan lebih baik kepada saya.

"Mudah-mudahan maaf ini diterima, insya-Allah," ujarnya.

SYeddd

Syed dan Hana ambil tindakan undang-undang terhadap dua netizen yang dipercayai memfitnahnya.

Pada Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepaskan dan membebaskan (DNA) Syed atas pertuduhan mencabul serta melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.

Manakala pada April 2023, Syed meluahkan rasa syukur apabila Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang penganggur wanita.

Sementara itu, pada 30 Ogos lalu pula, Syed menuntut RM1 juta terhadap dua netizen yang dipercayai memfitnahnya sebagai ganti rugi terhadap reputasi dan nama baiknya yang sudah tercalar.

Tindakan undang-undang terhadap dua netizen yang dikenali sebagai Nurul Atiqah dan Ainun Najwa atas tuduhan memfitnahnya di media sosial.

Kata Syed, tindakan berkenaan diambil selepas tular satu video dan kenyataan disifatkan berbaur fitnah di muat naik oleh dua individu tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain