suria

Sekeluarga dijangkiti Influenza A, Yana Samsudin sifatkan lebih teruk dari Covid-19... “Suami paling steady”

Yana Samsudin dan keluarga dijangkiti influenza A

PELAKON Yana Samsudin mendedahkan dia dan keluarga dijangkiti Influenza A namun hanya dirinya mengalami gejala yang agak teruk sehingga terpaksa dimasukka ke hospital.

Yana atau Nurliana Samsudin, 39, beerkata, jangkitan tersebut bermula daripada dua anaknya iaitu Aisy Mateen, 7 dan Aura Aisy Sofea, 3 tahun sehingga terpaksa menjalani kuarantin selama seminggu.

"Itulah Yana dah pesan dengan anak-anak, kalau nampak ada orang demam, lari dan jangan main dengan dia... tapi mereka main juga.

"Dah terbaring dua beradik itu kena Influenza A, seminggu kuarantin.a.

Yana Influenza A 1

Hanya Yana kitika ini masih dijangkiti Influenza A.

"Sudah cuba asingkan tempat tidur, rajin pula budak dua orang ini datang melawat ibu dia. Dah berjangkit pula," katanya.

Yana berkongsi mengenai keadaan dirinya dan keluarga menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Yana menyifatkan jangkitan Influenza A lebih sakit berbanding Covid-19 seperti sakit kepala, gigi dan sendi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar pegang kerepek disunting, Yana Samsudin bengang foto jadi iklan produk kurus... “Jangan sampai Kak Yong datang!”

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan masuk hospital, Yana Samsudin sayu dengar alasan bapa... “Mungkin abah tahu dia nak pergi?”

"Sakit kepala, sakit gigi, sakit sendi semua laa.

"Nasib #EnKetuaRumah (suami) tak buat hal, kalau tak, bertambah pula sakit hati kita ni," katanya.

Sementara itu, Yana berkata, meskipun suaminya iaitu Fadzil Zahari turut dijangkiti penyakit sama namun dia tetap menguatkan diri membawa dia dan anak-anak ke klinik.

Yana Influenza A 2

Yana memaklumkan bahawa influenza A lebih sakit daripada Covid-19.

Apa paling menyentuh hati katanya, Fadzil sebelum itu berada di luar kawasan dan memandu beratus kilometer sebelum pulang membawa mereka mendapatkan rawatan.

"Dia yang paling steady rasanya, memandu beratus kilometer pergi Lumut, selepas itu Pulau Pinang, Yong Peng (Johor) sebelum pulang semula ke Shah Alam.

"Malam kemudiannya bawa Mateen pergi klinik dan malam esoknya bawa Yana pula.

"Sempat pergi pejabat lagi, petang kemudiannya baru nampak dia lesu... Balik pejabat mandi lepas itu berselera pula dia makan... Orang sakit patutnya tak selera makan," selorohnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain