ANAK kedua penyanyi Datuk ND Lala iaitu Amir Syafiq menyifatkan keruntuhan rumah tangga kedua ibu bapanya sebagai nikmat yang ditarik oleh Allah. Syafiq, 30, berkata, kekecohan yang berlaku juga adalah satu bentuk ujian buat keluarganya ketika ini. "Allah nak tarik nikmat sekejap saja. Kita ini sentiasa akan diuji," tulisnya pada bahagian kapsyen menerusi hantaran video di TikTok pada Isnin. Menerusi hantaran itu, Syafiq memuat naik tiga keping foto yang memaparkan dia tersenyum bahagia di samping keluarga tersayang. Syafiq kongsi kenangan bersama keluarganya. Malah foto tersebut turut memaparkan ND Lala dan bekas isterinya, Fauziah Sarman yang dirakam sebelum tercetusnya isu rumah tangga pasangan itu. Dalam pada itu, Syafiq turut meninggalkan pesan agar menghargai setiap ahli keluarga yang sentiasa ada di saat susah dan senang. Syafiq juga berharap orang ramai mengambil pengajaran daripada kisah yang melanda keluarganya. "Sementara Allah masih pinjamkan nikmat bahagia pada kita, hargailah ia sebalik mungkin setiap ahli keluarga yang ada. ARTIKEL BERKAITAN: Nama kena petik dalam video, teman wanita anak ND Lala pula tampil jawab tuduhan... “Apa pakcik merapu ni?” ARTIKEL BERKAITAN: Penularan video serah kereta calar imej ND Lala, tak pernah rasa dihina sedemikian rupa... Minta bekas isteri berhenti menipu "Nanti bila dah jadi seperti keluarga kami, baru anda akan menyesal. Kami juga pernah rasa bahagia sebagai sebuah keluarga. "Doakan kami yang masih bersatu sebagai keluarga," luahnya. Sementara itu, menerusi perkongsian berbeza, Syafiq berharap ibunya sentiasa kuat dengan ujian menimpanya dan berjanji akan sentiasa ada buat wanita berkenaan. "Semoga emak terus kuat. Saya akan selalu ada untuk emak... Sayang MamaZie (panggilan Fauziah)," ujarnya. Syafiq ketika diarahkan lakukan permohonan maaf secara bertulis dan lisan berkenaan isu kereta. Pada Jumaat lalu, ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, tampil membuat penjelasan berhubung kemelut rumah tangganya dengan Fauziah. ND Lala turut mengulas mengenai isu Syafiq memulangkan kenderaan milik isteri mudanya iaitu Siti Munirah Abd Ghani yang tular di media sosial sebelum ini. Pada 9 Ogos lalu, Fauziah memaklumkan sudah diceraikan suaminya yang melafazkan cerai itu di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu dan memaklumkan tentang lafaz itu melalui aplikasi WhatsApp pada 8 Ogos. Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 5 September lalu mengesahkan lafaz dibuat penyanyi itu terhadap Fauziah. Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada tahun 1989 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!