suria

“Papa dan mama dah kembali!” - Zarina Anjoulie berbaik dengan bekas tunang, minta peminat sedia dengan ‘drama’ mereka

Zarina dan Khazrul telah berbaik semula.

SELEPAS enam bulan berpisah, pelakon Zarina Anjoulie mengesahkan sudah kembali ke pangkuan bekas tunagnya iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey.

Zarina atau lebih mesra dengan sapaan Anju, 36, turut berpesan kepada peminatnya agar bersabar dengan pelbagai drama yang bakal tercetus seperti mana sebelum ini.

Selorohnya, dia percaya peminat akan menyukai drama di antaranya dan Khazrul selepas ini.

"Papa dan mama dah kembali! Lebih banyak drama, lebih banyak kontroversi... Lebih banyak membeli-belah. Tunggu!

377831074_673079068216672_436964575623446949_n

Zarina dan Khazrul sambut ulang tahun bersama.

"Jangan berlakon macam korang tak suka drama kita," katanya.

Dalam pada itu, Zarina dalam perkongsian berasingan turut dilihat meraikan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 9 September lalu bersama Khazrul.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh anak lelakinya iaitu Awangku Gabriel Martin Ezra bersama dua orang anak perempuan Khazrul dikenali sebagai Pova dan Erin.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah pagar RM100,000 kini jadi beban hutang, Zarina Anjoulie kesal dituduh kaki kikis

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah miskin sangat ke tu?” - Bekas tunang minta Zarina Anjoulie robohkan pagar rumah atau jual cincin kahwin

"Terima kasih tunangku, you are so sweet. Tak lupa juga pada semua anak-anak, saya korang semua. Majlis makan malam yang sangat mengharukan.

"Erin sayang, terima kasih sebab datang, saya tahu awak sibuk tapi awak cari juga masa untuk datang malam ini. Love you my sweet daughter," luahnya.

Pada 26 Januari lalu, Zarina mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan Khazrul namun sebulan kemudian hubungan mereka berakhir dengan perpisahan.

376832582_691384772889006_8411615957582064547_n

Anju minta peminat tunggu drama lebih banyak selepas ini.

Khazrul menerusi TikTok memberitahu dia bukan lelaki terbaik yang boleh bergelar suami kepada Zarina dan tidak menjelaskan punca sebenar hubungan mereka berakhir dengan perpisahan.

Sejak itu, Khazrul dan Zarina dilihat saling berbalas kenyatan di media sosial masing-masing berhubung isu melanda mereka termasuk pertikaian tentang hadiah pagar bernilai RM100,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain