suria

Peminat bakal galau lagi, Fiersa Besari ‘Berjalan Mundur’ di Zepp KL 12 Oktober

Fiersa Besari bakal mengadakan konsert keduanya di Zepp, KL, 112 Oktober ini.

PENYANYI Indonesia Fiersa Besari sekali lagi bakal menghiburkan peminat di Malaysia menerusi konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Oktober ini.

Konsert Fiersa Besari Berjalan Mundur itu bakal memperlihatkan penyanyi berusia 39 tahun itu membawa peminat menggembara ke sebuah persembahan yang sarat dengan nostalgia dan apresiasi terhadap karya ciptaannya.

Fiersa berkata, konsert tersebut akan membawa peminat mengimbau perjalanan karier seninya sepanjang 14 tahun menerusi pilihan lagu popular.

"Persembahan itu nanti bakal memperlihatkan saya mendendangkan lagu yang jarang saya nyanyi dalam pentas biasa.

1769326647

Fiersa teruja dapat kembali menghiburkan peminat di Malaysia.

"Secara peribadi, konsert ini sudah lama saya dan mungkin juga anda semua nanti-nantikan. Harapnya, kita jadikan konsert ini sebagai perjalanan indah kita bersama," katanya.

Bukan sahaja bersendirian, malahan Fiersa akan ditemani oleh dia penyanyi muda yang berbakat besar iaitu Feby Putri dan Aisha Retno.

"Kemunculan dua penyanyi hebat ini meningkatkan lagi keterujaan saya untuk beraksi di pentas Zepp KL nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Cetakan pertama album Amir Masdi habis terjual, pusing satu Malaysia jumpa peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Ubat kecewa peminat, Nabila Huda anjur konsert Payung Teduh X Sore kali kedua

"Saya sudah tidak sabar untuk berkongsi pentas dengan penyanyi berkarisma seperti Feby dan Aisha," ujarnya.

Dalam pada itu, Fiersa berkata, kembali ke Kuala Lumpur juga adalah satu bentuk penghargaan dan inspirasi bagi mempamerkan persembahan terbaik buat peminat.

Pada konsert itu nanti, Fiersa bakal membawa emosi penonton untuk galau bersama dengan 18 lagu popular yang akan dinyanyikannya.

Fiersa Besari 2

Aisha Retno dan Feby Putri juga akan membuat persembahan pada hari tersebut.

"Setiap lagu saya akan bawakan dengan sepenuh hati kerana saya mahu konsert itu nanti memberi pengalaman bermakna buat peminat.

"Akan ada kejutan dan kelainan pada susunan muzik dalam beberapa lagu kegemaran ramai namun jati diri Fiersa sebagai penyanyi dan pemuzik tidak sesekali dipinggirkan," katanya.

Tiket bagi menyaksikan konsert itu dijual pada harga RM159 (Runtuh), RM198 (Garis Terdepan), RM301 (Juara Kedua) dan RM3,403 (Rumah - VVIP Box untuk lapan orang).

Peminat juga boleh menggunakan kod promo FIERSALIVEINKL ketika membuat pembelian menerusi ticket2u.com.my untuk menikmati diskaun 30 peratus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain