suria

Murahnya hati Aisar Khaled, buat kejutan hadiahkan Yamaha LC untuk  ‘rider’ motor kena sita

Aisar 2

KISAH seorang penghantar makanan berjalan kaki selepas motosikal miliknya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mendapat perhatian personaliti media sosial, Aisar Khaled.

Simpati nasib pemuda bernama Syahrul itu, Aisar, 23, bermurah hati menghadiahkan sebuah motosikal baharu jenama Yahama LC.

"Kejutan motosikal kepada rider yang kehilangan motosikalnya kena sita oleh pihak berkuasa," katanya.

553 (3)

Seorang rider terpaksa berjalan kaki selepas motosikal dinaiki disita oleh JPJ.

Aisar berkongsi perkara itu dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.

Dalam video tersebut, Aisar bersama beberapa orang sahabat dilihat bertemu Syahrul di kediamannya di Sepang, Selangor.

Syahrul turut menceritakan kejadian sebenar yang berlaku kepadanya sehingga perkara tersebut menjadi tular baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider dah tak boleh buat job, pasrah jalan kaki selepas motor disita -“Mesti tengah fikir macam mana nak cari duit”

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Hafiz Nafiah jadi pengarah akhirnya tercapai, tampil filem pertama berjudul ‘Mat Kola’

Selepas berbual panjang, Aisar membawa Syahrul ke sebuah pusat jualan motosikal bagi menghadiahkan motosikal baharu itu.

Dalam video yang sama, Syahrul dilihat terharu dan menitiskan air mata lantas memeluk Aisar selepas menerima kejutan tersebut.

Selain motosikal, Aisar juga memberi sumbangan berbentuk wang ringgit namun tidak dinyatakan jumlahnya.

Aisar 2

Aisar sebak ketika mendengar cerita daripada rider tersebut.

"Alhamdulillah ini rezeki abang. Kita baik ramai orang sayang," ujarnya.

Usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Aisar mengenai pertemuan itu tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak berjawab.

Sebelum ini, kisah Syahrul berjalan kaki menggalas beg penghantaran makanan tular di media sosial.

Kejadian tersebut disebabkan motosikal miliknya disita oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu sekatan jalan raya kerana tidak memiliki cukai jalan (roadtax) yang sah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain