suria

Adam Shahz ada keinginan untuk kahwin tapi belum jumpa tarikh sesuai, tunggu masa perkenal teman wanita

Adam belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

LEBIH setahun menyulam cinta, pelakon Adam Shahz memberitahu masih menunggu masa sesuai untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya.

Kata Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, masih banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum dia dan kekasihnya itu menetapkan tarikh untuk hari bahagia mereka.

"Hubungan kami berjalan lancar seperti biasa namun belum ada kata putus untuk berkahwin dalam masa terdekat. Masih banyak urusan yang perlu didahulukan sebelum kami ke arah itu (perkahwinan).

adam shahz 5

Adam kini lebih fokus kepada kerjaya seni.

"Merancang untuk berkahwin mestilah ada, namun tarikhnya belum tahu lagi," katanya kepada mStar.

Adam menerusi laporan media sebelum ini memberitahu sudah memiliki teman wanita selepas empat tahun menduda.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Shahz lembut hati, sedia serah hak jagaan anak kepada Fatin Afeefa... “Saya tak mahu kes ini berlarutan”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fatin Afeefa lembut hati benarkan Adam Shahz jumpa anak, buat pindaan tuntutan kerana enggan bertengkar

Malah dalam satu temu bual, Adam berkata dia terpaksa menangguhkan dahulu urusan pernikahan untuk menyelesaikan kemelut antara dirinya bersama bekas isteri iaitu pelakon Fatin Afeefa.

Masih lagi enggan mendedahkan identiti wanita tersebut, Adam berkata dia akan berkongsi apabila tiba masa sesuai.

"Dia bukan dalam kalangan orang industri. Kami sudah kenal lebih setahun. Saya pernah berkawan dengan beberapa wanita lain selepas bercerai tetapi dia seorang sahaja yang ada hubungan serius.

Merancang untuk berkahwin mestilah ada, namun tarikhnya belum tahu lagi

ADAM SHAHZ

PELAKON

"Sebagai manusia biasa memanglah ada keinginan untuk berkahwin. Semoga keinginan saya itu diizinkan Allah," ujarnya.

Becrcakap mengenai perkembangan kerjaya, Adam memaklumkan dia bakal terlibat dengan tiga pengambaran filem dalam masa terdekat.

adam shah 44

Adam bersama anak perempuannya hasil perkahwinan terdahulu.

Meskipun jadual kerja agak padat, namun menurutnya semua urusan berjalan lancar tanpa mengganggu mana-mana produksi.

"Syukur segala dipermudahkan. Jadual kerja saya berjalan lancar tanpa mengganggu setiap penggambaran yang saya terlibat," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain