suria

Aina Abdul penat kena kecam, cari keseimbangan dalam fesyen tanpa tinggal identiti

Aina Abdul mencari keseimbangan dalam berfesyen selepas sering dikecam netizen.

PENYANYI Aina Abdul berasa penat apabila sering menjadi bahan umpatan netizen setiap kali tampil dengan fesyen pelik di setiap majlis dihadirinya.

Disebabkan itu, penyanyi lagu Sumpah itu berjanji akan tampil dengan gaya lebih 'selamat' menerusi konsert A Night With Aina Abdul yang bakal berlangsung pada 18 November depan.

Kata Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, keputusan itu bukan sahaja tidak mahu dikecam netizen sebaliknya mahu berasa selesa ketika berada di atas pentas selain tidak menganggu nyanyian.

“Saya dah cakap dengan Abu (penata gaya), saya nak cantik sahaja semasa konsert. Kita dah penat kena kecam sebenarnya. Jadi, penampilan di konsert itu nanti saya akan pakai busana sesuai untuk menyanyi.

Aina 2

Aina berjanji akan memberi persembahan luar biasa pada konsert yang akan berlangsung pada November ini.

“Konsep kali ini tidaklah begitu pelik sebab nanti nak menyanyi susah. Jadi, kita lebihkan banyak persalinan. Setiap kali penampilan itu akan wow dan mudah untuk menyanyi,” katanya kepada mStar.

Aina mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsertnya di perkarangan Starhill, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Tambah Aina, dia menerima dan mengambil segala teguran dan kritikan yang telah dilontarkan kepada dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina kongsi tentang teman lelaki, pilih fesyen cantik di konsert 18 November

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul datang ABPBH35 naik lori berkaca, busana ‘oversize’ Behati curi tumpuan

Bagaimanapun, Aina berkata, dia tidak akan meninggalkan personalitinya iaitu sering memberikan yang terbaik dalam setiap busananya.

“Saya percaya semua ada pendapat masing-masing. Kadang-kadang ia bagus, dan kadang-kadang tidak. Jadi saya akan cari keseimbangan apa yang terbaik bagi saya.

“Dalam masa sama, saya tidak boleh lupakan DNA Aina Abdul kerana apabila saya simple (ringkas), orang rindu pula,” ujarnya.

Dalam masa sama, saya tidak boleh lupakan DNA Aina Abdul.

AINA ABDUL

PENYANYI

Menurut Aina, untuk konsertnya yang bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 November ini, dia mensasarkan sebanyak 10,000 penonton yang bakal hador pada persembahan itu nanti.

Bagi memastikan penonton yang datang puas dengan persembahannya, Aina akan menyanyikan sebanyak 33 buah lagu moden dan klasik.

Tiket konsert yang merupakan kolaborasi antara Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) dan Aina Abdul Entertaiment (AAE) telah boleh mula dibeli di lama web www.ainaabdul.my.

Harga tiket bermula daripada RM98 unuk silver, RM188 bagi gold, RM258 (platinum), RM288 (VIP), RM388 (VVIP) dan RM488 (MIP).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain