suria

“Awal hamil tak tahu, bersalin pun mengejut” - Min Yasmin selamat lahir bayi pramatang seberat 800 gram

Min mohon doa bayinya akan membesar dengan sihat.

PENYANYI Min Yasmin selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Sabtu, 16 September lalu di Hospital Kanak-Kanak dan Wanita, Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 7.49 malam.

Bayi yang dianggarkan berusia 30 minggu kehamilan itu dilahirkan dengan berat 800 gram secara pembedahan.

Kata Min atau Nurul Yasmin Abdul Aziz, 34, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi menyambut bayi berkenaan disebabkan dia mengalami tekanan darah tinggi.

min yasmin 2

Julfekar tidak dapat menemani Min ketika bersalin.

"Saya buat pemeriksaa dan mendapati bacaan tekanan darah sangat tinggi. Jadi doktor terpaksa lakukan pembedahan sebab tidak mahu beri kesan kepada bayi dalam kandungan.

"Ketika itu pun, jantung bayi agak perlahan. Syukur sekarang semuanya selamat, tetapi bayi masih lagi di bawah pemantauan," katanya ketika dihubungi mStar pada Selesa.

Tambah Min, dia juga menyambut kelahiran cahaya mata pertama itu seorang dirinya tanpa suami di sisi.

ARTIKEL BERKAITAN: Min Yasmin tak pernah beli kit ujian hamil, syukur akhirnya mengandung anak pertama selepas 10 tahun kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Niat buka ‘buku pink’ ada hikmah, Min Yasmin masuk hospital akibat tekanan darah tinggi - “Kalau biar mungkin kena sawan”

Suaminya iaitu komposer Julfekar kini berada di Filipina bagi urusan kerja.

"Kami pun tak jangka akan sambut awal kelahiran ini. Suami saya ke Filipina atas urusan kerja. Selepas selamat bersalin, saya beritahu supaya dia tidak perlu terlalu segera nak pulang dan selesaikan dahulu kerja.

Barang-barang bayi belum cukup sepenuhnya. Tetapi memandangkan sekarang masih di hospital, jadi mungkin tidak perlu banyak barang

MIN YASMIN

PENYANYI

"Bayi ini memang bayi terkejut. Masa awal kehamilan kami tidak tahu sehinggalah tempoh hamil empat bulan. Sekarang bersalin pun terkejut juga," ujarnya.

Min juga memberitahu dia dan suami masih belum sempat membeli kelengkapan bayi secukupnya memandangkan jangakaan bersalin pada November.

"Barang-barang bayi belum cukup sepenuhnya. Tetapi memandangkan sekarang masih di hospital, jadi mungkin tidak perlu banyak barang.

min yasmin 3

Min teruja sambut anak pertama.

"Nama anak juga belum fikir. Disebabkan bayi lelaki kami akan turut letak Muhammad pada awal nama," jelasnya.

Untuk rekod Min dan Julfekar mendirikan rumah tangga pada 4 April 2014 dan ini merupakan cahaya mata pertama mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain