BERJAYA mencipta nama menerusi pelbagai watak utama dalam drama dan filem, pelakon Fasha Sandha mengakui peluang melakonkan karakter antagonis lebih menyeronokkan bagi dirinya. Sama sekali tidak memilih watak, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkata dia berasa puas apabila dapat menjayakan pelbagai karakter sepanjang berkecimpung dalam karier lakonan. "Saya lebih suka sekiranya mendapat watak antagonis. Saya dapat berikan sesuatu yang berbeza dalam lakonan. Jika watak bukan heroin pun saya tiada masalah. Fasha suka cabar diri dengan watak antagonis. "Bagaimanapun saya masih bersyukur sehingga usia kini produksi masih berikan watak utama. Saya gembira menjalankan tugas sebagai pelakon," katanya. Baginya setiap watak diberikan harus dilaksanakan sebaik mungkin untuk memberi kesan terhadap jalan cerita yang ingin disampaikan. ARTIKEL BERKAITAN: Video mandi dalam tab ada versi penuh, pengikut IG Fasha Sandha naik 25,000 ARTIKEL BERKAITAN: “Saya hanya jalankan tugas” - Fasha Sandha mohon maaf, kongsi video mesra bersama suami dalam kolam renang kerana tuntutan kerja Sementara itu, Fasha juga sempat berkongsi rahsia kebahagiaan bersama suami tercinta iaitu aktor Aidil Aziz seperti yang sering ditonjolkan dalam hantaran di media sosial. "Walaupun sudah enam tahun mendirikan rumah tangga, kami masih ada rasa rindu dan tidak sabar nak pulang ke rumah selepas habis kerja. Saya tidak menyesal dengan perkahwinan terdahulu. Kisah lama menjadi saya seperti mana sekarang ini FASHA SANDHA PELAKON "Meskipun saya wanita berkerjaya, saya tak pernah abaikan bab makanan suami. Perut suami kena jaga. Kalau tak sempat makan saya akan tempah melalui pesanan penghantaran. "Saya ini bukanlah wanita sempurna, cuma yang dirasakan terbaik saya akan kongsi untuk memberi inspirasi kepada semua," ujarnya. Dalam masa sama aktres ini juga menganggap perkahwinan pertama dengan Rizal Ashram sebelum ini telah memberi dia banyak pengalaman untuk menjadi seorang isteri terbaik buat Aidil. Keluarga bahagia Fasha. "Saya tidak menyesal dengan perkahwinan terdahulu. Kisah lama menjadi saya seperti mana sekarang ini. Tanpa suami dahulu tak mungkin saya ada dua orang anak. "Pengalaman lalu menjadikan saya lebih baik," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Fasha bakal tampil dalam sebuah drama yang menyentuh perasaan berjudul Malang Si Puteri. Untuk rekod Fasha dan Rizal atau Jejai berkahwin pada 27 April 2012 namun bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putera Rayfal Ramli, 10, dan Jamyma, 8. Sementara perkahwinan bersama Aidil pula mereka memiliki seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yag kini berusia dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!