suria

Polis panggil Caprice, Mondy Tattoo bantu siasatan laporan Ebit Lew

Caprice dan Mondy bakal dipanggil polis bagi bantu siasatan.

POLIS akan memanggil penyanyi rap Caprice dan pempengaruh dari Indonesia iaitu Mondy Tattoo bagi membantu siasatan berhubung laporan dakwaan fitnah terhadap pendakwah Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, pihaknya juga telah menerima arahan lanjut untuk menyiasat kes tersebut.

Polis turut mengesahkan satu laporan telah dibuat Ebit di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada pagi Isnin.

Ebit Lew

Ebit buat laporan polis selepas pulang dari Jeddah.

"Kita sudah merakam keterangan Ebit dan akan merekodkan keterangan daripada Caprice dan wanita Indonesia itu dalam tempoh terdekat.

"Ia adalah prosedur bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor.

Sasikala berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulang dari Jeddah, Ebit Lew buat laporan polis dakwa diri difitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice dituduh reka cerita tentang individu berwatak alim, sudah serah bukti pada pihak polis - “Kali ini kita bijak sikit”

"Kertas siasatan sudah dibuka dan akan disiasat secara menyeluruh kelak," tambahnya.

Pada Isnin, Ebit tampil membuat laporan polis berhubung beberapa fitnah yang dilemparkan terhadap pendedahan yang dibuat Mondy menerusi saluran YouTube milik Caprice.

Ebit membuat laporan tersebut sejurus dia pulang daripada Jeddah, Arab Saudi.

Ee

Caprice dan Mondy lakukan podcast bersama.

Polis juga telah mengambil keterangan pendakwah bebas tersebut pada Isnin.

Pada 11 September lalu, Mondy yang merupakan ibu tunggal daripada Indonesia mendakwa Ebit Lew melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Wanita itu berkata demikian menerusi podcast khas yang dikendalikan Caprice.

Mondy merupakan individu yang pernah dibawa oleh Ebit ke Malaysia pada Jun yang lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain