suria

Neeta Manisha disangka pembantu semasa berjalan dengan nenek, ramai keliru tak tahu ada darah campuran

Neeta tidak anggap miliki darah campuran sebagai sesuatu yang istimewa.

SERING diajukan soalan mengenai latar belakang keluarganya, penyanyi Neeta Manisha mengakui sehingga kini masih ramai belum mengetahui dia memiliki darah campuran.

Tenang menjawab persoalan netizen, Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manishaa Manogaran, 29, memberitahu dia merupakan anak hasil perkahwinan campur, namun baginya itu bukanlah sesuatu yang istimewa.

Cerita Neeta, dia juga pernah disangka pembantu rumah semasa berjalan bersama neneknya yang berbangsa Cina.

Neeta

Neeta tenang jelaskan kekeliruan netizen.

"Ayah saya Chindian, ibu saya Siam. Nenek saya pula Cina... sehingga ada yang tersalah anggap saya ini pembantu apabila berjalan dengannya di pasaraya.

"Semua orang adalah keluarga saya sama ada bercampur atau berbeza agama. Saya tak cakap pun ia istimewa, ramai je campuran macam saya," katanya.

Neeta berkongsi perkara itu menerusi laman Twitter miliknya dipercayai selepas timbul pelbagai spekulasi dan pelbagai persoalan mengenai latar belakangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi dah stabil, Neeta Manishaa kembali aktif media sosial... maafkan individu buat TikTok ‘salah parking’

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara video ‘salah parking’ emosi Neeta Manishaa kini terganggu... ambil keputusan berehat daripada media sosial

Meskipun memiliki darah campur, Neeta berkata itu bukanlah penghalang untuk dia berkawan dengan pelbagai bangsa.

Malah, sejak kecil dia dia diajar untuk menghormati budaya dan agama orang sekeliling.

"Kita boleh membunuh bahasa sebab kita berkawan. Kita tidak boleh berkawan dengan bangsa sendiri, sejujurnya pemikiran ini adalah kuno.

197395977_151996580309462_6934852521455059313_n

Neeta gembira dapat pelajari pelbagai agama dan budaya.

"Saya juga tidak mempunyai identiti sebagai seorang muslim dan tidak mengamalkan Islam. Saya mempunyai minat dalam budaya dan agama yang berbeza dari sejak kecil.

"Saya bersyukur saya dapat melalui segala-galanya yang boleh ditawarkan oleh komuniti sekeliling saya. Pernah ke masjid, kuil dan gereja. Saya menghormati semuanya," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain