suria

Gara-gara kenyataan tak yakin berwajah Melayu, Nina Smith tampil mohon maaf singgung banyak pihak

Nina bangga memilik wajah seperti gadis Melayu.

PELAKON Nina Smith tampil memohon maaf susulan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini dianggap tidak berbangga memiliki wajah Melayu sedangkan dia juga berdarah kacukan Melayu-Amerika.

Mejelaskan hal tersebut, Nina atau Amalina Smith, 24, berkata jawapan yang diberikan dalam temu bual itu merupakan kenyataan biasa diberikan apabila ramai mempersoalkan mengenai asal keturunannya.

"Bila ada yang mempersoalkan, ia jadi satu yang sensitif. Seolah-olah orang menidakkan ayah saya. Itu apa yang saya rasa.

nina smith 1

Nina tampil mohon maaf atas kenyataan yang membuatkan ramai salah faham.

"Saya minta maaf jika jawapan saya menyinggung banyak pihak. Bukan itu niat saya. Bukan saya nak wajah mat salih pun.

"Selama 24 tahun, itu soalan yang selalu saya dapat, jadi jawapan sebegitu dah biasa saya berikan. Mungkin selepas ini saya kena cari jawapan lain," katanya.

Nina berkongsi perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kena tegur Ogy kerana tinggalkan set penggambaran, Nina Smith tak rasa bersalah... Sedia jumpa depan-depan

ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur Ogy kerana tinggalkan set, pelakon baharu Nina Smith terpaksa ke Amerika Syarikat ziarah bapa kena strok

Aktres tersebut sebelum ini menerima banyak kecaman selepas video dia hadir sesi ujibakat program Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini menjadi tular.

Dalam video berkenana, Nina seolah-olah merasakan kurang keyakinan diri dengan rupa paras sendiri.

Nina juga menjelaskan dia amat berbangga memiliki wajah seperti wanita Melayu dan itu yang telah membuka pintu rezeki buatnya.

Selama 24 tahun, itu soalan yang selalu saya dapat, jadi jawapan sebegitu dah biasa saya berikan. Mungkin selepas ini saya kena cari jawapan lain

NINA SMITH

PELAKON

"Saya tahu muka saya lebih kelihatan seperti Melayu. Saya tidak cakap pun ia satu perkara buruk. Saya bangga dengan rupa saya. Banyak rezeki saya dapat dari muka Melayu ini.

"Bukannya saya nak wajah mat salih pun. Malah kawan-kawan pun selalu cakap, saya ini tak nampak seperti darah kacukan," ujarnya.

Tambah Nina sejak kecil lagi dia sudah terbiasa dengan soalan sama daripada orang ramai apabila dia memperkenalkan dirinya sebagai Amalina Smith.

nina smith 3

Nina sering menerima soalan tentang darah kacukannnya.

"Kalau orang bertanya tentang wajah saya daripada awal lagi saya sudah bersedia dengan jawapan, dari kecil dah ditanya perkara sama.

"Sebab itu saya seakan sudah ada satu jawapan sama apabila orang bertanya," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain