LAMA tidak muncul dalam mana-mana drama televisyen, pelakon Abby Abadi berkata dia menolak tawaran lakonan kerana sering diberikan watak sebagai seorang ibu. Meskipun tiada tawaran diterima dalam industri seni, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 45, percaya rezekinya dalam bidang lain masih terbuka luas. "Tawaran asyik jadi mak orang saja, penatlah nak jadi mak orang. Tak apalah kerja lain banyak," katanya. Peminat rindu lihat Abby berlakon di televisyen. Abby berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya selepas salah seorang peminatnya meluahkan rasa rindu ingin melihat lakonannya di televisyen. "Rindu nak tengok Kak Abby berlakon... bila nak kembali beraksi?" soal peminatnya. Dalam pada itu, Abby juga memaklumkan dia ingin memberi peluang kepada rakan selebriti lain yang menjadikan bidang lakonan sebagai sumber pendapatan. ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan main serbu maki hamun orang” - TikTok guna nama anak tumbuh macam cendawan, Abby ‘steady’ berdepan kontroversi ARTIKEL BERKAITAN: Tak ‘update’ sebab tiada idea, Abby Abadi minta peminat jangan risau... Sibuk urus perniagaan di Melaka "Bagi peluang pada mereka yang cari duit dalam bidang lakonan semata-mata. "Macam kita ada macam-macam pilihan," ujarnya. Menerusi hantaran yang lain pula, seorang peminat meluahkan kerinduan menonton lakonannya dalam drama Manjalara membawakan watak sebagai Zaza Abdullah. Abby menjawab soalan daripada peminat. Abby bagaimanapun mengakui bimbang jika dirinya terus dibenci sekiranya membawa watak antagonis berkenaan. "Dulu kalau bawa watak-watak macam itu, orang terima. Takut dah tua-tua ini kalau buat orang benci," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!