suria

Lelaki dakwa lirik ‘Malampagi’ selit unsur lucah, Saixse seronok pendengar dapat berfikir... “Janganlah terlalu ke arah tak elok”

Saixse seronok membaca setiap komen tentang lagunya.

PENYANYI rap Saixse menerima dengan hati terbuka setiap pandangan atau kritikan yang diberikan terhadap lagunya berjudul Malampagi.

Kata Saixse, 21, apa yang disampaikan dalam karya berkenaan adalah luahan hatinya sendiri dan dia tidak boleh untuk menafikan pemahaman setiap pendengar.

"Setiap orang ada pandangan masing-masing. Apa yang saya sampaikan itu adalah luahan sendiri. Mungkin yang bercakap itu tidak kenal saya secara mendalam.

saixse 1

Setiap lagu adalah luahan Saisxe sendiri.

"Kalau boleh janganlah terlalu memikirkan ke arah yang tidak elok. Bagaimanapun saya terima semua pendapat dengan hati terbuka," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Saixse berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan seorang pengguna media sosial yang beranggapan lirik Malampagi mengandungi unsur lucah dan keterlaluan.

Dalam masa sama, individu berkenaan juga berpendapat video muzik (MV) lagu itu cuba mempamerkan budaya bertentangan dengan budaya tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lagu ‘Malampagi’ teruk kena bahan nyanyi live hancur, Saixse gementar pertama kali naik pentas

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah gempak! MV ‘Aku healing sampai pagi’ rupanya arahan Nadhir Nasar, kolaborasi bersama MK bantu Saixse

Lebih membuatkan mereka kecewa apabila mengetahui lagu Malampagi adalah nyanyian dan ciptaan seorang penyanyi beragama Islam.

"Perkara ini bukan baru. Sebelum ini pun sudah ada yang komen sebegitu. Jadi sekarang ini saya tidak terlalu baca komen-komen begitu dan cuba untuk elakkan perkara negatif.

Saya tidak pernah pun rasa tertekan apabila ada yang komen negatif. Malah seronok melihat perspektif dan cara orang berfikir

SAISXE

PENYANYI

"Terpulang kepada orang ramai untuk menerima lagu tersebut. Kalau selepas ini ramai yang tidak suka itu di luar kawalan saya. Apa yang boleh saya katakan selepas ini lebih banyak lagi lagu-lagu baru saya," ujarnya.

Dalam masa sama, Saixse juga percaya setiap kritikan itu adalah untuk kebaikan diri sendiri.

Baginya apa yang cuba disampaikan oleh mana-mana pihak sekalipun akan menjadi satu pengajaran berharga untuk memperbaiki kelemahan sendiri.

saixse 2

Saisxe mahu peminat terus karyanya di masa akan datang.

"Saya tidak pernah pun rasa tertekan apabila ada yang komen negatif. Malah seronok melihat perspektif dan cara orang berfikir.

"Dalam dunia ini ada pelbagai jenis manusia. Setiap pandangan baik saya jadikan pengajaran," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain