suria

Terima ugutan bunuh gara-gara ‘live’ bersama Ira Kazar, Nur Nilam tak berani keluar rumah tanpa ditemani bodyguard

Nilam ambil langkah berjaga-jaga dengan membuat laporan polis.

ISTERI kepada pelakon Azlan Komeng mendedahkan dia menerima ugutan bunuh daripada netizen selepas video siaran langsung bersama Ira Kazar tular di media sosial.

Bimbang dengan ugutan diterima itu, Nilam atau nama sebenarnya Nur Nilam Ortiz berkata dia dan suami sepakat membuat laporan polis sebagai perlindungan diri.

Kata Nilam lagi, dia tidak menyangka ramai yang kurang senang melihat kehadiran isteri pengarah Syamsul Yusof itu dalam siaran langsung berkenaan sehinggakan namanya turut terpalit.

"Teruk sangat, saya kena ugut bunuh! Saya diugut sebab mereka cakap saya berpihak kepada penyondol. Ada yang kata nak langgar saya dengan lori... bunuh saya dan ada juga yang nak simbah asid pada saya.

Nilamm

Ira teruk dikecam semasa siaran langsung.

"Hakikatnya di dalam siaran langsung itu saya tidak berpihak kepada dia pun. Saya cuma menyantuni Ira sebagai tetamu saya.

"Kalau tengok dalam siaran langsung itu... saya ada saja kenakan dia tapi secara bertapis," katanya ketika dihubungi mStar.

Memandang serius ugutan diterima, Nilam berkata dia tidak berani keluar rumah bersendirian melainkan ditemani suami dan juga pengawal peribadi.

Gara-gara insiden tersebut, Nilam memberitahu Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin ada menghubunginya membuat permohonan maaf secara peribadi kepadanya berhubung perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Syamsul Yusof sedang terima kifarah, Ira Kazar hanya tersenyum dalam video live Nilam - “Tapi aku tak boleh cakap lebih-lebih”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dekat mana aku buat akaun palsu?” - Ira Kazar bersuara isu ganggu Puteri Sarah, minta isteri Azlan Komeng periksa telefon

Bagaimanapun dia tidak menyalahkan Ira 100 peratus memandangkan siaran langsung itu dilakukan menggunakan akaunnya sendiri.

"Dia ada minta maaf sebab dia kena tempias sama tapi dia tak cakap terus kepada saya sebab saya dengan dia tidaklah rapat mana... dia minta maaf melalui suami saya.

"Saya pun tak apalah... benda dah jadi kita nikmati sahaja.

"Saya pun ada pesan dekat Abang Lan untuk Ira agar tidak buat sebarang kenyataan kerana orang tidak suka dengan dia," kongsinya lagi.

Saya memang nak ambil tindakan undang-undang... saya sudah beritahu peguam saya.

NUR NILAM ORTIZ

PELAKON

Dalam pada itu, Nilam juga memberitahu pihaknya bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang menjadi punca namanya tercemar.

Tambahnya ada beberapa pihak sudah mula membuat permohonan maaf secara peribadi kepadanya sebaik saya dia membuat laporan polis.

"Saya memang nak ambil tindakan undang-undang... saya sudah beritahu peguam saya untuk ambil tindakan kepada mereka yang ambil video sekerat-sekerat di siaran langsung saya.

"Sebab benda ini jadi fitnah, ia melibatkan nama baik dan keselamatan saya. Jadi saya tak boleh nak diamkan," ujarnya.

Nilammm,

Nilam dan suami sepakat ambil tindakan.

Sebelum ini, nama Ira menerusi video siaran langsung yang dibuat Nilam di TikTok menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan pengikut wanita berkenaan.

Susulan perkara itu, netizen meninggalkan pelbagai komen negatif sehingga Nilam turut terkejut dengan reaksi penonton siaran langsung tersebut.

Nur Nilam turut meluahkan rasa pelik bagaimana selama ini Ira mampu berdepan dengan pelbagai kritikan pedas terhadapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain