suria

Kongsi kisah rambut gugur setiap kali kemoterapi buka hati Aznil cari dana bantu rawat kanser Ibnor Riza

Aznil mulakan inisiatif bantu Ibnor.

PERTEMUAN empat mata dengan Ibnor Riza pada 26 September lalu telah membuka hati pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi untuk mengadakan kutipan sumbangan bagi membantu penyanyi itu.

Kata Aznil atau mesra disapa Pak Nil, 61, dia melihat penderitaan Ibnor melalui proses kemoterapi akibat kanser limfoma membuatkan dia terbuka hati agar dapat membantu meringankan beban penyanyi dalam merawat penyakitnya.

"Selama ini saya hanya membaca kisah Ibnor yang menghidap kanser. Apabila berjumpa dan mendengar ceritanya baru saya sendiri dapat mendalami penderitaan dia.

ibnor riza 2

Aznil ajak orang ramai bantu ringankan beban Ibnor.

"Lepas dia cerita tentang keguguran rambut setiap kali kemoterapi dan setiap kali itu tumbuh rambut baru yang lembut, saya minta izin untuk usap belakang kepalanya. Dia benarkan. Dari situ terdetik untuk saya pasang niat mahu membantu.

"Saya tahu dia melalui proses yang sukar. Saya harap bantuan ini dapat membantu merawat penyakit dan tidak lagi perlu jalani kemoterapi," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Aznil bertemu Inbor pada majlis ulang tahun ke 18 mStar dan pelancaran segmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) mStar Baek yang berlangsung di Menara Star.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza terharu Pak Nil buka tabung bantuan, kos RM200,000 untuk rawatan baharu... “Sekarang ini saya mahu sihat sahaja”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Setahun tiada undangan nyanyian akibat kanser, Ibnor Riza jual 3 buah kereta tampung rawatan

Segmen itu akan bersiaran di platform media sosial termasuk YouTube mStar setiap Khamis bermula 5 Oktober 2023 yang menyajikan 10 episod kisah artis memerlukan bantuan termasuklah Zaiton Sameon, Ali XPDC, Bad (Indigo), Mak Jah, Roy (Ratnaku) dan Mak Wan Latah.

Mengenai bantuan terhadap Ibnor Riza, Aznil melakukan inisiatif sendiri untuk mengutip sumbangan orang ramai bagi membantu penyanyi itu menampung kos kehidupan selain rawatan kesihatan.

Sebelum ini Aznil membuka tabung serupa bagi membantu pembedahan penyanyi Zamani.

Saya tahu dia melalui proses yang sukar. Saya harap bantuan ini dapat membantu merawat penyakit dan tidak lagi perlu jalani kemoterapi

DATUK AZNIL HAJI NAWAWI

PENGACARA

Menurut Aznil dia tidak memaklumkan misi tersebut kepada Ibnor kerana penyanyi itu pernah mengeluarkan kenyataan enggan meminta simpati ramai.

"Saya takut jika maklumkan tentang misi ini dia akan minta saya untuk hentikannya.

"Bagi saya sumbangan ini bukan Ibnor yang minta, tetapi saya yang minta untuk bantu dia. Biar saya yang minta dan bukan dia," ujarnya.

ibnor riza 3

Ibnor masih aktif bekerja untuk menampung kos rawatan.

Dalam masa sama Aznil juga amat terharu dengan sumbangan orang ramai termasuk peminat Ibnor yang sama-sama berniat baik untuk membantu.

"Saya percaya yang memberi sumbangan bukan pengikut saya di media sosial, mereka adalah peminat Ibnor sejak dari dahulu lagi," jelasnya.

Sumbangan kutipan ini boleh dimasukkan ke akaun bank Aznil iaitu:

Aznil Nawawi

5647 3580 9375 (Maybank)

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain