PENYANYI Liza Hanim menyifatkan tindakan segelintir netizen yang sesuka hati meninggalkan komen berbaur negatif di media sosial sebagai tiada adab. Liza atau Haliza Hanim Abdul Halim, 44, berkata, dia terbuka sekiranya ada ingin menyuarkan pendapat atau meninggalkan komen negatif namun lakukan dengan cara beradab. Katanya, masyarakat Malaysia seperti tidak menerapkan nilai-nilai murni sehingga sanggup mengutuk tanpa memikirkan perasaan orang lain. "Kalau nak kongsi pendapat pun cara bercakap itu perlu ada adab. Sekarang ini saya rasa kita ada masalah itu dalam kalangan netizen. Liza mohon netizen menjaga pertuturan sebelum menulis komen di media sosial. "Bukan semua tapi ada segelintir yang bercakap tanpa fikir perasaan orang lain... Tak melambangkan masyarakat Malaysia yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan," katanya kepada mStar. Liza berkongsi perkara itu ketika sidang media All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. Dalam pada itu, Liza memberitahu kecaman yang dibuat netizen mungkin boleh mendatangkan kesan buruk kepada segelintir individu. ARTIKEL BERKAITAN: Liza Hanim bersuara dikutuk tak cantik, tak goyang kena hina - "Bahasa itu lagi penting dari paras rupa" ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isu DKD RM300,000... Liza Hanim ada hak memohon, hantar kertas kerja dan hadir sesi 'pitching' Menurut Liza, penerimaan setiap orang terhadap perkara negatif dilemparkan adalah berbeza. "Mereka (netizen) pandai bercakap dan kemudiannya berlalu pergi... Mereka tidak memikirkan kesan yang bakal dialami oleh individu yang dikutuk. "Macam saya sendiri, saya seorang yang positif, saya boleh 'menolak' saja apa yang diperkatakan tentang saya tetapi bagaimana kalau individu mengutuk itu mempunyai masalah kesihatan mental. Sekarang ini saya rasa kita ada masalah adab dalam kalangan netizen yang tidak bertanggungjawab. LIZA HANIM PENYANYI "Ia boleh membawa mudarat untuk masalah lain seperti kemurungan, aneroksia, bunuh diri... Bayangkan sekiranya perkara itu berlaku," ujarnya. Penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu bagaimanapun berkongsi dia tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang mengutuknya sebelum ini. Liza turut bersyukur kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang, sekali gus menjadikan dirinya seorang yang positif. "Saya tidak akan mengambil tindakan terhadap si pelaku itu... dia pun dah 'goyang' sebenarnya. Cukup saya menegurnya sekali sahaja. Liza sudah lali dikecam kerana rupa paras. "Saya sudah berdepan dengan situasi ini (face shaming) sejak 20 tahun lalu. Alhamdulillah saya di didik dalam keluarga yang cukup dengan kasih sayang... saling memberikan sokongan. "Walaupun saya tahu standard kecantikan manusia... Saya tidak mempunyai 'beauty queen' itu. Kita bukanlah nak masuk ratu cantik," katanya. Sebelum ini, Liza meluahkan rasa kesal dan memuat naik paparan skrin komen seorang pengguna media sosial mempertikaikan rupa parasnya yang dikatakan tidak cantik meskipun sudah lama bergelar penyanyi. Perkongsian tersebut juga mendapat respon daripada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga mengecam tindakan kurang sopan sebegitu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!