suria

Bajet 2024: Industri kreatif dapat peruntukan RM160 juta, pengecualian duti hiburan persembahan pentas artis tempatan

RM160 juta diperuntukkan untuk industri kreatif.

KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM160 juta bagi meningkatkan pembangunan sektor industri kreatif.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani pada petang Jumaat.

Anwar berkata, sebanyak RM60 juta diperuntukkan di bawah Dana Kandungan Digital (DKD) dalam usaha mempromosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan.

Tidak hanya itu, RM90 juta diagihkan di bawah inisiatif Film in Malaysia Incentive (FIMI) untuk terus menggalakkan penghasilan filem bertaraf antarabangsa.

jjj

Sebanyak RM60 juta diperuntukkan di bawah DKD dalam usaha mempromosi karya tempatan.

Kerajaan turut memperuntukkan RM10 juta kepada Skim Dana Padanan MyCreative dalam menyokong anak-anak seni dalam penghasilan projek kreatif.

Dalam pada itu, susulan keputusan negeri Selangor menurunkan kadar duti hiburan, kerajaan turut bercadang menurunkan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu.

Ia termasuk pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan, pengurangan kepada lima peratus duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator.

ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2024: Ini yang rakyat bakal terima daripada Kerajaan Perpaduan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isu DKD RM300,000... Liza Hanim ada hak memohon, hantar kertas kerja dan hadir sesi 'pitching'

Kata Anwar, beliau menyeru kerajaan negeri supaya dapat mempertimbangkan pengurangan duti hiburan yang dilihat mampu menyokong perkembangan bakat-bakat kreatif tempatan di samping merancakkan lagi aktiviti pelancongan negara.

Sementara itu, kerajaan juga bercadang untuk menetapkan kadar cukai pendapatan khas antara 0 hingga 10 peratus kepada syarikat produksi filem, pelakon filem asing dan kru filem yang menjalankan penggambaran filem di Malaysia.

Sebagai pengiktirafan dan penghargaan tahap tertinggi kepada tokoh-tokoh dan penggiat seni, budaya dan warisan, kerajaan akan kembali menganjurkan Anugerah Seni Negara secara tahunan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain