suria

Pitching RTM hanya setahun sekali, PTVM anggap sejarah hitam industri seni

Jurey harap lebih banyak peluang untuk penerbit tempatan.

ISU berkaitan slot tayangan dan sesi pitching di Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus memnajdi kegusaran dalam kalangan penerbit tempatan.

Berkongsi kebimbangan itu, Presiden Persatuan Penerbit Televisyan Malaysia (PTVM), Datuk Jurey Latiff Rosli memberitahu sesi pitching yang pernah dicadangkan sebanyak tiga kali sebelum ini tidak pernah direalisasikan.

Jurey juga menyebut ia bagaikan satu sejarah hitam buat pemain industri kerana situasi sebegini tidak pernah berlaku sejak RTM mula membuka peluang kepada syarikat penerbitan swasta pada tahun 1985.

"Cadangan dibuat setelah mengadakan perbincangan bersama PTVM dengan mengambil kira banyak rungutan syarikat penerbitan yang mahu RTM memberi lebih peluang untuk mendapatkan projek.

jurey 2

PTVM juga terus mengesa menteri supaya prihatin nasib penggiat seni.

"Malang sekali semua yang diumumkan tidak menjadi kenyataan apabila hanya ada satu sesi pitching dijalankan setakat ini.

"Apa yang berlaku adalah sejarah hitam kepada industri memandangkan perkara ini tidak pernah terjadi sehingga menjejaskan penggiat seni yang mengaharapkan peluang pekerjaan daripada perolehan RTM," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan dengan Fahmi Fadzil berjaya, PTVM mahu lihat industri kreatif berubah

ARTIKEL BERKAITAN: Penggiat seni menganggur tiada peluang kerja, Jurey Latiff minta PM campur tangan isu perolehan rancangan

Kenyataan Jurey itu merujuk kepada sesi townhall bersama Menteri Komunikasi Dan Digital yang dijalankan pada 12 Disember tahun lalu dimana ketika itu satu pengumuman dibuat menetapkan tiga kali pitching sepanjang tahun 2023.

Dalam masa sama Jurey turut mempersoalkan tentang prosedur operasi standard (SOP) baharu RTM yang dilihat tidak memberi sebarang impak singnifikan terhadap perkembangan industri penerbitan.

"SOP baru RTM juga tiada yang memberangsangkan apabila ia hanya melibatkan lanjutan jangka waktu penghantaran bahan dan bayaran berperingkat," jelasnya.

jurey 3

Jurey harap ada perkembangan positif terhadap industri dalam Bajet 2024.

Sementara itu, dalam sesi townhall bersama kementerian pada 9 Oktober lalu, PTVM telah membangkitkan lima isu utama termasuk hala tuju dan pelan perancangan untuk industri kreatif.

Pihaknya juga sekali lagi mencadangkan penambahan sesi pitching selain memperkemaskan sistem perolehan di RTM.

Bukan itu sahaja, PTVM mengharapkan pihak kerajaan memberi satu pertimbangan positif dalam pengumuman Balanjawan 2024 yang akan berlangsung pada Jumaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain