suria

VVIP hantar pembantu minta nombor telefon, Ellie Suriaty menyorok dalam tandas

Kecantikan Ellie semasa muda menjadi bahan bualan netizen.

PELAKON Ellie Suriaty mendedahkan dia pernah diganggu golongan ternama (VVIP) ketika bertugas sebagai pramugai suatu ketika dahulu.

Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 53, berkata, meskipun menyedari niat lelaki berkenaan namun atas dasar profesional ditetap melayan VVIP berkenaan dengan baik sepanjang penerbangan.

"Ada satu masa saya nak kena mengurat oleh seseorang... Saya tak perasan sangat sebab kita melayan penumpang lain.

"Apabila penumpang tanya kita jawab tapi saya tahu dia sudah berkahwin dan tetap menyenangkan dia. Kita tak boleh ada double standard (ketika melayan penumpang)," katanya.

Ellie

Ellie kongsi pengalaman menjadi pramugari semasa muda.

Ellie berkongsi perkara itu ketika muncul dalam siri podcast Borak Dalam Galley di saluran YouTube Zarul Umbrella yang menundang aktres itu berkongsi pengalaman ketika bergelar pramugari.

Bercerita lanjut mengenai insiden itu, Ellie berkata, dia sedar sedang menjadi perhatian lelaki tersebut apabila rakan VVIP berkenaan tersenyum setiap kali melihatnya.

Kata Ellie keadaan menjadi ketara apabila pembantu individu tersebut datang kepadanya bagi mendapatkan nombor telefon untuk berkenalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty dan Azri Iskandar bertemu selepas setahun cerai, siap bergandingan dalam ‘Tanah Kubur’

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dalam rumah tangga berubah, Ellie Suriaty dapat rasa Azri Iskandar ada perempuan lain

Bagaimanapun disebabkan berasa malu, dia memilih untuk menyorok dalam bilik air pesawat.

"Saya tengok sahaja dan faham tapi kita buat tak tahu!

"Bila dah mendarat, lampu sudah dinyalakan penumpang kelas pertama akan keluar dahulu. Ada pembantu dia datang cari saya minta nombor telefon untuk bos dia.

"Saya minta dia tunggu sebentar lalu masuk ke dalam bilik air... Tak keluar-keluar," ujarnya.

Eliie

Netizen akui Ellie sememangnya cantik semasa usia mudanya.

Menjengah ruang komen, rata-rata warganet memberitahu mereka tidak terkejut Ellie digilai VVIP kerana dia seorang yang cantik ketika muda.

Malah mereka juga minta orang ramai menonton filem Spanning Gasing yang memperlihatkan kejelitaannya ketika muda.

"Memang cantik molek masa dia muda, siapa tengok Spanning Gasing tahulah dia macam mana.

"Zaman muda dia senyum macam Fazura, patutlah ramai yang mengurat," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain