suria

Sukar tambat hati pendengar, Tilu sahut cabaran tampil karya berbeza lepas 10 tahun menyepi

Tilu kembali aktif ubati rindu peminat.

KUMPULAN Tilu yang pernah popular menerusi lagu Ku Bukan Aku memberitahu tidak mudah untuk kembali dalam persada dunia muzik selepas 10 tahun menghilangkan diri.

Tampil semula dengan lagu baharu sekitar Jun lalu, Tilu bukan sahaja berdepan dengan kemunculan penyanyi baharu tetapi perlu bijak mencari karya menepati citarasa pendengar.

Mira selaku vokalis Tilu memberitahu perkara itu membuatkan mereka lebih berfikiran terbuka mendalami pelbagai genre muzik semasa.

"Ketika awal Tilu muncul sekitar tahun 2010 dahulu, kami sering tampil acara gig dan di situ mudah untuk mencari kelompok peminat. Sekarang tidak sama seperti dahulu.

tilu 2

Tilu berkolaborasi dengan Ali dalam lagu baharu.

"Generasi penyanyi dan muzik sekarang berbeza. Kami rasa ia sebagai satu cabaran untuk perkenalkan muzik Tilu.

"Tapi kami suka cabaran itu. Apabila mendengar pelbagai muzik baharu, kami dapat belajar lebih banyak lagi serta mencari ilham karya baru," katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Mira atau Amirah Asraf, 33, mereka juga tidak mahu lagi dikenali dengan satu genre sahaja dan sedia untuk perkenalkan pelbagai jenis muzik pop dalam album akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aznil Nawawi kini Profesor Adjung UM, tolak soal bersara mahu terus kongsi ilmu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tercabar komen Ramli MS, Aina Abdul akhirnya tampil dengan album sulung... “Ketika itu saya rasa semua orang ketawakan saya”

Baginya meskipun lama mendiam diri namun tidak sekali pun rasa kecewa apabila nama Tilu sukar mendapat tempat dalam kalangan peminat.

"Saya kembali aktif bersama Tilu sebab rasa rindu mahu berkarya. Tidak pernah sekali pun rasa kecewa walau kami pernah ambil masa untuk berehat sebelum ini.

Generasi penyanyi dan muzik sekarang berbeza. Kami rasa ia sebagai satu cabaran untuk perkenalkan muzik Tilu.

MIRA

VOKALIS TILU

"Sebelum ini pendengar muzik tempatan mungkin anggap Tilu hanya boleh bawa lagu genre jazz sahaja, tetapi dalam album akan datang kami ketengahkan pelbagai jenis muzik pop," ujarnya.

Terbaharu Tilu tampil berkolaborasi bersama Masdo iaitu Ali Sariah dalam lagu berjudul Terlanjur Cinta.

tilu 3

Suami sentiasa memberi sokongan buat Mira untuk kembali aktif.

Tilu sebelum ini membuat keputusan untuk berehat dari dunia seni sekitar tahun 2013 apabila Mira menyambung pengajian ke luar negara.

"Lepas saya tamat belajar ada juga kami buat persembahan bersama tapi tidak fikir mahu kembali aktif. Baru tahun lepas kami buat keputusan mahu tampil lagu baru.

"Walau pun sekarang saya sudah berkahwin dan mempunyai anak, tiada masalah pun nak buat persembahan sebab keluarga memberi sokongan penuh," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain