suria

Wani Kayrie tak memilih soal jodoh, lelaki pakai kereta jenama tempatan pun okay... “Yang penting usaha dan rajin”

Wani Kayrie tidak memilih soal jodoh.

TIDAK memilih dalam mencari pasangan hidup, penyanyi Wani Kayrie menjelaskan dia hanya mahukan seorang lelaki yang rajin berusaha serta tekun bekerja untuk menyara keluarga apabila berkahwin kelak.

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 23, berkata dia bukanlah seorang yang memandang kepada harta, sebaliknya menerima apa sahaja yang diperoleh bakal teman hidupnya itu.

"Saya boleh kata saya bukan orang yang memilih. Saya tahu asal usul, jadi saya tidak boleh memilih dalam hidup.

Wani 1

Wanie hanya mahu lelaki yang rajin mencari rezeki.

"Yang penting orang itu betul-betul nak dekat kita, serius dengan kita dan terima diri Wani serta keluarga juga.

"Kalau ada kereta Saga atau Myvi okay sahaja. yang penting ada usaha, rajin," katanya ketika ditemui mStar.

Tambah penyanyi itu, dia tidak mementingkan harta seseorang kerana menyedari hakikat yang dia juga pernah hidup susah dan mencari rezeki sendiri buat keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pertemuan di rumah terbuka pulihkan hubungan Wani Kayrie dan Afieq Shazwan, tak mahu kenang kisah lama lebih seronok jadi kawan

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie sedih dituduh hadap populariti, nekad tak mahu sertai pertandingan nyanyian lagi

“Saya pun datang dari bawah sebelum dapat kesenangan hari ini. Oleh itu kalau mahu cari pasangan hidup pun, saya tidak terlalu memilih," ujarnya.

Wani bagaimanapun mengakui buat masa ini dia belum mempunyai pasangan kerana mahu memberi fokus sepenuhnya kepada kerja dan mencari rezeki buat keluarganya.

Malah dia mempunyai azam untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu doktor falsafah (PHD).

Kalau ada kereta Saga atau Myvi okay sahaja. yang penting ada usaha, rajin.

WANI KAYRIE

PENYANYI

“Saya anak sulung dan ibu masih bekerja. Saya ada adik kecil dan mahu fokus menjaga keluarga. Lagi pula saya masih muda dan ada banyak cita-cita untuk sambung belajar menjadi doktor falsafah (PHD).

“Karier saya juga sedang meningkat naik. Ini adalah masanya untuk saya fokus kepada diri sendiri kerana sebelum ini saya banyak beri perhatian kepada orang lain sehingga mengabaikan diri sendiri,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain