suria

Hargai penat bekerja siang dan malam, Emma Maembong hadiah 3 pembantu rumah tiket konsert Judika

Emma membuat kejutan buat pembantu rumahnya.

PELAKON Emma Maembong membuat kejutan apabila menghadiahkan tiket konsert Rockmantic Judika and The Gang yang berlangsung pada 21 Oktober lalu kepada tiga orang pembantu rumahnya.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 31, berkata, pembantunya itu mengetahui tentang konsert penyanyi Indonesia popular itu dan menyangka aktres berkenaan yang akan menghadiri persembahan tersebut.

Bagaimanapun mengetahui ketiga-tiga mereka meminati Judika, Emma mengambil keputusan membeli tiket konsert untuk mereka.

“Mereka tahu konsert Judika hari ini (Sabtu lalu) sebab mereka ingatkan saya yang pergi.

Emma menghadiahkan tiket konsert Judika kepada pembantu rumah.

Emma membeli tiket konsert Judika buat tiga pembantu rumahnya.

“Tetapi saya tahu mereka terlalu minat kepada Judika dan saya biarkan mereka sahaja yang pergi,” katanya.

Sejurus selepas diberi kejutan itu, ketiga-tiga pembantu rumah Emma dilihat terlalu teruja dan menjerit kegembiraan apabila diberikan tiket konsert penyanyi lagu Aku Yang Tersakiti Itu.

Malah, sebelum menghantar mereka ke konsert, Emma turut memberi pembantu rumahnya makan agar tidak kelaparan sewaktu konsert berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong selamba dukung anak sulung, netizen tegur ibu baru bersalin tak boleh angkat berat

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu penyanyi Malaysia hadiah khas Judika buat 12,000 penonton... Sempat kongsi kisah pertemuan dengan isteri

Menerusi perkongsian video yang dibuat, ketiga-tiga pembantu rumahnya itu acap kali mengucapkan terima kasih kerana kebaikan yang dilakukan Emma.

Kata Emma, dia membuat keputusan itu kerana mereka berhak untuk mendapat liburan selepas penat bekerja siang dan malam.

Tambah aktres itu lagi, anak-anaknya turut menyayangi kesemua pembantu rumahnya itu.

Emma disifatkan sebagai seorang majikan yang baik.

Emma sebelum ini pernah menghadiahkan telefon jenis iPhone kepada pembantunya.

“Mereka telah bekerja keras pagi dan malam, jadi mereka layak untuk berehat dan enjoy.

“Lagi pun anak-anak saya pun sayangkan mereka (pembantu rumah),” ujarnya.

Pada 21 Oktober lalu, Judika telah menghiburkan 12,000 penonton di Konsert Rockmantic Night Judika and The Gang yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Penyanyi itu sempat menghiburkan peminat dengan 18 buah lagu termasuk Bukan Rayuan Gombal, Jadi Aku Sebentar Saja dan Sampai Akhir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain