suria

Isu perbelanjaan RM50,000 sebulan tular ada hikmah, Iqbal dapat idea kongsi tip kewangan

Iqbal memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 untuk bayar komitmen bulanan.

USAHAWAN sensasi Iqbal Zulkefli bukan mahu bersikap riyak apabila secara terbuka mendedahkan memerlukan RM50,000 bagi melunaskan komitmen dan perbelanjaan seharian setiap bulan.

Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, sebaliknya berkata, perkongsian itu sebenarnya untuk memberitahu kehidupan yang dilalui bukan mudah seperti disangka segelintir pihak.

Bagaimanapun kata Iqbal dia tidak berkecil hati apabila ramai bertindak mengecam kerana mereka tidak berada di dalam situasi dihadapinya.

Iqbal 1

Kenyataan Iqbal di Insta Storynya pada Rabu.

"Tentang komitmen saya RM50,000 sebulan sejak lima tahun lalu, itu benar.

"Penyampaian saya yang sebenar adalah untuk mengatakan kehidupan saya tak mudah.

"Tidak mengapa netizen salah faham, saya tak marah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 guru vokal puji suara ada karakter tersendiri, Iqbal Zulkefli minta 5 tahun belajar menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Bermesra dengan mak nyah tepi jalan, Iqbal anggap wanita jadian lebih sporting berbanding perempuan tulen - “Mereka sentuh dan peluk saya”

Iqbal meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, Iqbal berkata, disebabkan kenyataan itu tular, dia mahu berkongsi tip berkaitan kewangan kepada umum.

Kata Iqbal, dia mahu berbuat demikian bagi membolehkan orang ramai belajar tentang pengurusan kewangan selain tanda dia peduli.

Iqbal 2

Iqbal mahu berkongsikan tips kewangan kepada umum.

"Di kesempatan ini, jika ada ruang saya mahu kongsi tip kewangan dan pesanan sangat penting untuk kita sama-sama belajar. Ini tanda saya peduli," jelasnya.

Sebelum ini, kenyataan Iqbal tentang perbelanjaan bulanannya yang mencecah RM50,000 sejak lima tahun lalu mengundang kecaman netizen.

Iqbal berkata, dia bekerja keras bagi menanggung keperluan dan kehendak diri kerana tidak 'dibela' oleh mana-mana individu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain