suria

Kapsyen foto bersama isteri dituduh tak sensitif terhadap Shakilla Khoriri, Fizi Ali pening layan karenah netizen - “Itu kan tajuk lagu Jamal Abdillah”

Kapsyen Fizi mengundang kecaman netizen.

PENYAMPAI radio Fizi Ali dituduh tidak sensitif susulan memuat naik foto bersama isteri di laman sosial miliknya dengan kapsyen 'Kekasih Awal dan Akhir'.

Netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana kapsyen berkenaan seolah-olah menidakkan kewujudan bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri.

Ramai berasa kasihan dengan Shakilla yang tidak diiktiraf sebagai 'kekasih' pertama malah mereka pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak bersama.

fizi1 - 1

Antara komen yang ditinggalkan netizen di Instagram milik Fizi.

"Bukan ke ini (Zulaikha) yang kedua? Kasihan ibu Ameena (Shakilla) tidak diakui kekasih pertama.

"Semua lelaki sama sahaja sebab itu boleh ada yang kedua!

"Kalau kekasih akhir itu mungkinlah betul kot. Tapi kekasih awal tu tak berapa kena," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: "Niat awak untuk pisahkan kami ke?"... Fizi Ali bengang netizen DM isteri, siap ingatkan momen 'sweet' awal kahwin saja

ARTIKEL BERKAITAN: "Daddy tak tahu awak dekat mana sekarang" - Fizi Ali sedih datang majlis graduasi tapi anak tak muncul

Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, berkata, kritikan yang dilemparkan kepadanya dibuat secara melulu tanpa usul periksa.

Kata Fizi, kapsyen tersebut adalah berdasarkan nama lagu Datuk Jamal Abdillah ketika menghadiri konsert penyanyi legenda itu pada malam Ahad lalu.

"Amboi mulut korang, puaka ya! Ramai betul buta tuli... Itukan tajuk lagu Datuk Jamal Abdillah.

"Semalam (Ahad) pergi konsert dia (Jamal), letaklah tajuk lagu dia. Kalau pergi konsert Senario saya letaklah lagu Cari Tapak. Apalah korang ni," tulisnya di ruangan komen.

fizi2 - 1

Fizi dan Zulaikha mendirikan rumah tangga Oktober lalu.

Untuk rekod, Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, pada 18 Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofea, 4 tahun.

Fizi kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Siti Zulaikha, 30, pada 23 Oktober lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain