suria

Konsert Milenia 2023 tangguh hormati mangsa perang Palestin, Riezman Khuzaimi tanggung rugi RM500,000 jika dibatalkan

Riezman bakal rugi RM500,000 sekiranya konsert itu ditangguhkan.

PELAKON Riezman Khuzaimi bakal mengalami kerugian sebanyak RM500,000 sekiranya Konsert Milenia 2023 yang mengetengahkan genre dangdut anjurannya itu dibatalkan.

Riezman atau Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 53, berkata, bagi menghormati mangsa perang di Palestin ketika ini, konsert berkenaan ditunda ke satu tarikh lain.

Jelasnya selaku Pengarah Projek Mission Sight Sdn Bhd, dia tidak sanggup untuk menerima kecaman yang dianggap melampau oleh warganet sekiranya ia masih diteruskan dalam masa terdekat.

Riezman 1

Riezman ketika ditemui media.

"Kecaman netizen sekarang ini tahap melampau. Saya rasa biar reda dulu. Kalau disebabkan isu lain, saya boleh langgar (teruskan), tapi ini sebab Palestin.

"Ada yang cadang untuk batalkan, tapi konsert ini bukan libatkan saya seorang. Saya mempunyai pasangan untuk jayakan konsert ini. Kalau dia tidak setuju, maka saya kena ikut.

"Kalau batal, anggaran dalam lebih kurang RM500,000. Ini tidak termasuk yang ditipu sebelum ini iaitu sebanyak RM300,000," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Rugi RM300,000 bukan alasan, Riezman Khuzaimi tetap anjur konsert dangdut

ARTIKEL BERKAITAN: Riezman Khuzaimi terpaksa guna pendakap leher, selalu menunduk tengok telefon bimbit punca sakit ‘slip disc’

Riezman memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas Majlis Malam Gala dan Sidang Media Filem Syif Malam pada Isnin.

Riezman berkata, ketika ini dia hanya mahukan konsert tersebut selesai untuk dijayakan meskipun tidak mempunyai penonton yang ramai.

Ditanya mengenai jumlah tiket yang telah dijual, Riezman memaklumkan sehingga kini sebanyak 1,000 telah terjual.

Riezman 2

Riezman nekad untuk melaksanakan konsert tersebut.

"Kalau tiket tidak terjual, itu kita punya bahagian. Risiko dalam perniagaan. Kalau tangguh 10 kali pun tetapi orang tidak beli, tidak boleh juga.

"Laku atau tidak, kita jalan (laksanakan) sahaja konsert ini," ujarnya.

Untuk rekod, konsert itu bakal menampilkan artis dari dua negara serumpun iaitu Baby Shima, Ani Mayuni, Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek Klepek dan Rhena Morena.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain