suria

Azah Aziz kagum artis baharu semua pasang pengurus, tapi ada pula perangai ‘kekwat’ - “Mungkin dia ingat saya pelakon tambahan”

Azah gembira lihat perubahan yang berlaku dalam dunia lakonan.

SELEPAS 20 tahun tidak bergiat aktif dalam bidang seni, pelakon era 90-an Azah Aziz kembali mewarnai dunia lakonan selepas berpindah semula ke Malaysia sejak beberapa bulan lalu.

Muncul menerusi drama bersiri Jangan Lupa Janji, Azah atau Norazah Aziz, 51, memberitahu banyak perubahan berlaku dalam landskap dunia lakonan berbanding zaman popularitinya suatu ketika dahulu.

Paling ketara kata Azah, tawaran kontrak daripada pihak produksi juga lebih mudah selain melihat ramai artis generasi baru menjaga karier dengan tersusun termasuk mengupah pengurus.

"Cara pihak produksi buat tawaran, bayaran semuanya sudah berbeza dan lebih mudah.

WhatsApp Image 2023-12-06 at 08.49.21 (2)

Azah teruja dapat kembali berlakon selepas 20 tahun.

"Pemerhatian saya juga mendapati artis-artis baru semua bawa pengurus manakala saya pula tiada.

"Terfikir juga mahal ke bayar pengurus ini? Banyak ke bayaran mereka dapat?," katanya kepada mStar.

Azah memberikan pandangan itu ketika hadir ke tayangan perdana filem Anak Perjanjian Syaitan 2 yang berlangsung di Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Kita bagi dia peluang sekali, dua kali... Bila dia sedar, baru datang dekat saya untuk menyapa.

AZAH AZIZ

PELAKON

Pun begitu, Azah yang sebelum ini menetap di Kanada turut perasan sikap segelintir pelakon baharu yang mempamerkan sikap sombong ketika berada di set penggambaran.

Azah berkata, dia tidak mengharapkan layanan istimewa sebaliknya cukup sekadar menyapa apabila bertemu sebagai cara menunjukkan rasa hormat pada individu lebih senior.

"Ada di antara mereka (pelakon) yang saya tidak kenal, tetapi mereka datang menyapa. Saya tak harapkan apa-apa pun tapi macam baru-baru ini ada yang 'kekwat' saya hanya perhatikan saja.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak membesar di negara mat salih, Azah Aziz risau orang Malaysia tak terima... “Mereka dalam proses belajar budaya sini”

ARTIKEL BERKAITAN: Azah Aziz bengang disindir 'speaking' berterabur walau berpuluh tahun di luar negara - “Orang duduk Malaysia je acah-acah slang tak reti cakap Melayu... sedih!”

"Kita bagi dia peluang sekali, dua kali... Bila dia sedar, baru datang dekat saya untuk menyapa.

"Saya tak kisah atau marah cuma kalau boleh hormat atau pun tegur, mungkin dia ingat saya ini pelakon tambahan," katanya.

Sementara itu, Azah tidak merasakan aktres muda itu tidak mengenalinya sebagai kerana drama berkenaan sudah pun mula ditayangkan di televisyen.

azahh

Azah bersama dua orang anak lelakinya ketika bercuti di Jepun.

Azah memberitahu rakan-rakan pelakon seangkatannya juga pernah berpesan mengenai sikap aktres berkenaan namun percaya sikap dipamerkan mempunyai sebab tertentu.

"Bila kali ketiga berjumpa baru dia okay, mungkin sebelum itu dia ada masalah atau perkara lain yang saya tak pasti.

"Tapi yang lain-lain semuanya okay, tiada masalah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain