EMPAT tahun menyulam cinta, pelakon Eyka Farhana belum ada perancangan menghalalkan hubungan dengan teman lelaki iaitu pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid. Eyka atau Wan Atiqa Wan Sarmizi, 28, sebaliknya memberitahu dia mahu memberi tumpuan kepada karier seninya terlebih dahulu sebelum bergelar isteri. "Kalau tanya fasal kahwin memang kami belum ada perancangan ke arah itu. Orang kata belum sampai seru. Kami pun tengah sibuk dengan kerjaya masing-masing. Eyka dan Akhyar sibuk dengan kerjaya masing-masing. "Masih banyak lagi impian kami yang belum tercapai. Orang kata kalau jodoh tak ke mana," katanya kepada mStar. Eyka berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Anak Perjanjian Syaitan 2 yang diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa. Kata Eyka, apabila sudah tiba masanya dia sendiri akan menghebahkan tentang perkahwinan dengan Akhyar kepada umum. ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka lebih tahu!” - Eyka Farhana biarkan netizen buat spekulasi hubungan dengan Akhyar Rashid ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi selfie bersama Hailey Bieber, netizen puji Eyka Farhana lagi cantik Bercakap perancangan mengenai karier seninya, Eyka menyimpan hasrat melebarkan kerjaya ke negara jiran pada tahun hadapan. "Saya masih belum puas untuk kembangkan kerjaya dan antara impian saya tahun depan adalah untuk menembusi pasaran negara jiran (Indonesia). "Nanti kalau sudah sampai seru, saya sendiri akan maklum kepada semua. Ibu bapa pun memahami dan tidak pernah bertanya apa-apa," ujarnya. Eyka pasangan impian mahu berlakon di Indonesia. Sementara itu, Eyka juga menyimpan hasrat untuk melakonkan watak aksi memandangkan belum pernah menerima tawaran sebegitu. Malah dia sedia menjalani sebarang latihan sekiranya diberi peluang menjayakan peranan dalam filem atau drama genre aksi. "Saya teringin berlakon dalam drama atau filem aksi. Mungkin disebabkan bertubuh kecil, susah nak dapat kepercayaan penerbit dan pengarah. "Kalau ditawarkan suatu hari nanti, saya sanggup lakukan sendiri babak aksi. Tapi perlulah menjalani latihan terlebih dahulu," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!