suria

[V] Tak faham bahasa pasar punca isteri Azlan Komeng sangka kena talak, gaduh sebab perniagaan bukan orang ketiga

Azlan memohon maaf atas ketelanjuran Nilam mendedahkan masalah rumah tangga mereka kepada umum.

KURANG pemahaman bahasa Melayu pasar menjadi punca Azlan Komeng dan isteri bergaduh besar baru-baru ini sehingga terpaksa merujuk perkara itu di Mahkamah Syariah susulan aktor itu didakwa melafazkan cerai.

Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 47, berkata, isterinya iaitu Nur Nilam Ortiz yang bukan berketurunan Melayu salah faham dengan apa diperkatakan ketika mereka bertengkar sehingga menyebabkan masalah bertambah parah.

"Apa yang orang ramai tak tahu, isteri saya ini bukan berketurunan Melayu tetapi kacukan Thailand sebelah ibu dan bapanya berasal dari Sepanyol.

2415821

Nilam sebelum ini ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Azlan bagi pengessahan lafaz cerai.

"Nilam pula belajar bahasa Melayu daripada buku yang kebanyakannya memang baku dan formal.

"Jadi dia akan selalu salah faham setiap kali saya cakap bahasa yang tidak formal," katanya kepada mStar.

Azlan menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Anak Perjanjian Syaitan 2 yang diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lafaz cerai Azlan Komeng tak sah, Nur Nilam kembali taat kepada suami

ARTIKEL BERKAITAN: Nur Nilam dedah sudah bercerai dengan Azlan Komeng, orang ketiga punca perkahwinan musnah

Cerita Azlan, situasi menjadi lebih besar apabila dia bertindak keluar daripada rumah selepas bertengkar dan Nilam berkongsi salah faham tersebut kepada umum.

Pelakon itu bagaimanapun berharap orang ramai dapat memaafkan keterlanjuran isterinya selain minta memahami Nilam yang berada dalam keadaan tertekan susulan kehadiran orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

"Sebenarnya kami bertengkar mengenai perniagaan dan sekarang ini perlahan-lahan menyertai karnival jualan makanan.

Isteri saya ini bukan berketurunan Melayu tetapi kacukan Thailand sebelah ibu dan bapanya berasal dari Sepanyol.

AZLAN KOMENG

PELAKON

"Cara kami berbeza dan mempunyai idea sendiri bagi ingin menjalankan perniagaan dan itu menjadi punca pergaduhan.

"Saya cakap 'dia buat jalan dia, saya buat jalan saya'. Kata-kata itu dia ingat saya lafaz cerai. Saya pula tengah marah ketika itu, jadi saya pun keluar rumah sebab tak mahu bergaduh.

"Maafkanlah Nilam sebab terlalu cepat berkongsi. Waktu itu dia sedang marah dan cerita semuanya sehingga membabitkan isu dalaman yang sebenarnya tiada apa pun," jelasnya.

2415097

Azlan luah rasa syukur rumah tangga masih dapat diselamatkan.

Sebelum ini, Azlan meluahkan rasa syukur apabila lafaz cerai yang dibuat terhadap Nilam tidak sah di sisi syarak selepas merujuk kes berkenaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 30 November lalu.

Azlan menjelaskan dia tidak berniat melafazkan talak terhadap Nilam memandangkan isterinya ketika itu berada dalam keadaan tertekan memikirkan kewujudan orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain