suria

Fuad Rahman tak rancang tambah anak, kasihan lihat Tom alami alahan teruk sepanjang hamil

Fuad memahami emosi Tom yang tidak stabil sepanjang hamil.

PASANGAN penyanyi Tom dan Fuad Rahman tidak merancang menambah bilangan anak selepas mereka menyambut kelahiran caya mata pertama pada Februari tahun depan.

Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, berkata, dia berasa kasihan melihat keadaan Tom yang mengalami alahan teruk sepanjang tujuh bulan kehamilannya.

"Ini yang terakhir rasanya... Sebagai suami saya memang kasihan melihat keadaan dia tapi kami tidak rancang untuk 'ikat' dan buat perancangan sendiri sahaja.

tom 3

Pasangan ini bakal menimang cahaya mata pada Februari tahun depan.

"Ragam Tom kali ini lain macam, emosi dia pun tak menentu. Adakalanya dia menangis dan mengamuk secara tiba-tiba.

"Sebagai suami saya memahami keadaan dia dan sentiasa cuba berada di sisinya," katanya kepada mStar.

Bakal menimang bayi perempuan, Fuad teruja kerana sebelum ini dia tidak berpeluang menjaga anaknya hasil perkahwinan terdahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Doa Tom akhirnya termakbul, bakal timang anak perempuan untuk cahaya mata terakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak macam liar tapi Tom sama seperti isteri lain buat kerja rumah, jaga suami... “Pandai-pandai netizen cop saya

Malah pasangan ini sudah mula membuat persiapan bagi menyambut kelahiran buah hati mereka tidak lama lagi.

"Saya memang nak anak perempuan... Walaupun ada seorang anak perempuan tapi selepas dia dilahirkan saya tidak berpeluang menjaganya.

"Anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu dibesarkan oleh bekas isteri, jadi apabila dimaklumkan kami bakal dapat anak perempuan semestinya saya teruja," ujarnya.

tom fuad 3

Tom mengalami alahan teruk sepanjang kehamilannya.

Pasangan ini bernikah pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia dan pada Jun lalu Fuad mengumumkan isterinya hamil anak pertama mereka.

Sementara itu Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, memberitahu dia tidak merancang untuk bercuti lama selepas bersalin dan akan kembali menerima tawaran kerja apabila selesai tempoh berpantang nanti.

"Tamat sahaja penyertaan kami di program Famili Duo 3, saya memang sudah ambil masa untuk rehat dan lakukan persiapan untuk bersalin.

"Rasanya tidaklah cuti lama. Tamat berpantang nanti akan kembali bekerja," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain