MEMAHAMI nasib menimpa Kaka Azraff, artis serba boleh Alif Satar berharap penyanyi berkenaan tidak berasa gusar jika benar kontraknya bersama Warner Music Malaysia ditamatkan. Alif berkata, solidariti dan kelantangan Kaka bercakap mengenai Palestin adalah pendirian yang berkaitan dengan akidah dan iman. "Apa yang boleh saya katakan, pendirian saya juga sama mengenai sokongan terhadap Palestin. Saya rasa bukan saya seorang sahaja tetapi semua rakan-rakan artis. Alif doakan yang terbaik buat rakan sepejuangannya. "Suka saya tekankan kalau kontrak Kaka ditamatkan sekali pun, ini berkenaan akidah dan iman. Tiada apa yang lebih besar daripada itu. "Pasti akan ada yang lebih baik, insya-Allah," katanya kepada mStar. Alif berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Anak Perjanjian Syaitan 2 yang diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa. Dalam pada itu, Alif berpendapat seseorang itu masih perlu mematuhi kontark yang telah dipersetujui bersama meskipun berlainan pendapat. ARTIKEL BERKAITAN: Kontrak Kaka Azraff ditamatkan kerana lantang isu Palestin? Netizen serang IG Warner Music ARTIKEL BERKAITAN: Maklumat diri didedah gara-gara lantang isu Palestin, Kaka Azraff kekal tenang diserang penyokong Israel ‘koyak’ Bagaimanapun itu tidak akan mengubah pendiriannya untuk terus menyatakan sokongan kepada Palestin. "Sebagai manusia pasti akan ada kerisauan tapi kita perlu tegas dengan pendirian kita... Kalau hilang kerja, hilanglah. "Takkan tiba-tiba nak ubah pendirian, mereka tak boleh ubah bagaimana saya fikir mengenai sesuatu perkara. "Lagipun label dan semua pihak sedia maklum dengan pendirian saya mengenai isu ini. Saya juga percaya semua rakan-rakan artis sudah melakukan bahagian mereka," katanya lagi. Maklumat Kaka disebarkan oleh netizen pro Israel. Sebelum ini, nama Kaka menjadi bualan hangat selepas dia disenaraikan oleh sebuah laman sosial, Jew Hate Database sebagai artis pro Palestin. Perkara itu bermula susulan tindakan berani Kaka meninggalkan komen mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic beberapa minggu lalu. Laman sosial berkenaan juga menjalankan kempen menjatuhkan Kaka dan memperkenalkannya sebagai penyanyi yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia. Dalam temubual bersama mStar pada Jumaat lalu, Kaka memilih untuk tidak mengulas tentang isu penamatan kontrak tersebut dan mohon diberi masa sebelum membuat sebarang kenyataan. Sementara pada 13 Oktober lalu, syarikat Warner Music Group memuat naik hantaran Instagram yang menyatakan sokongan terhadap Israel selain turut melabelkan Hamas sebagai kumpulan pengganas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!