suria

8 tahun turun naik mahkamah, Marissa Yasmin tak putus asa tuntut harta sepencarian

Marissa tidak patah semangat menuntut hak di mahkamah.

HAMPIR lapan tahun turun naik mahkamah, perbicaraan tuntutan harta sepencarian melibatkan pelakon Marissa Yasmin dan bekas suami iaitu Muhzir Mohd Zainuddin nampaknya masih belum selesai.

Tidak berputus asa menuntut haknya itu, Marissa atau Marissa Yasmin Mariam Yaakob, 46, berkata dia tetap akan mempertahankan keputusan penghakiman yang dibuat pada tahun 2020 meskipun bekas suami itu tampil membuat rayuan.

"Selepas cerai pada tahun 2016 saya berdepan kes ini selama empat tahun. Jadi tiada istilah putus asa untuk saya pertahankan penghakiman yang telah dibuat sebelum ini.

marissa 1

Marissa hadir di mahkamah pada Khamis bagi penelitian dokumen.

"Saya pun harap kes ini akan selesai secepat mungkin tetapi tidak mengapa, kita lalui sahaja. Mungkin saya beri tempoh setahun lagi," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Marissa sebelum itu dilihat hadir di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis bagi penelitian dokumen rayuan yang dibuat oleh Muhzir sebelum ini.

Pada tahun 2020, mahkamah menetapkan Marissa memperoleh rumah, pembahagian harta (kereta) dan hutang bekas suami kepadanya perlu dibayar semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut keluarga marah berlakon babak panas, Amir Ahnaf sentiasa profesional di set penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Rocketfuel sedia berbincang untuk Ernie Zakri nyanyi ‘Astana’ di SFMM38, ada sebab pilih Nadeera

Tidak bersetuju dengan keputusan tersebut, Muhzir kemudiannya tampil membuat rayuan bagi mengurangkan jumlah berkenaan dan sehingga kini kes tersebut masih belum selesai.

Dakwa Marissa bekas suaminya itu sengaja mahu melambatkan kes ini dan tidak menolak ia bertujuan untuk memberi tekanan terhadap dirinya.

"Dia tangguhkan kes ini dan ia makan masa serta wang ringgit. Ia bagaikan satu permainan psikologi dan mungkin dia mahu beri tekanan mental sehingga saya tarik kes.

Saya pun harap kes ini akan selesai secepat mungkin tetapi tidak mengapa, kita lalui sahaja

MARISSA YASMIN

PELAKON

"Kalau betul dah move on dengan hati bersih, segerakanlah kes ini. Pada hari ini pun (Khamis), pihaknya masih memasukkan hujah yang agak bercanggah dengan penghakiman tahun 2020.

"Pihak saya akan terus lalui kes ini. Mahkamah minta kami serahkan dokumen baharu dan pihaknya pula perlu membalas dalam tempoh dua minggu selepas itu," ujarnya.

Dalam masa sama, Marissa juga hairan kerana bekas suaminya itu tidak hadir ke mahkamah dan diberikan pengecualian.

marissa 3

Marissa harap kes melibatkan bekas suami dapat diselesaikan segera.

"Memang dia boleh dapat pengecualian tetapi kalau kes ini melibatkan kami berdua, dia kena dengar sendiri perbicaraan mahkamah. Saya harap dapat tengok muka dia nanti.

"Kami pun tidak pernah berhubung. Hanya berhubung melalui peguam dan di mahkamah sahaja," jelasnya.

Mahkamah menetapkan 31 Januari tahun depan sebagai perbicaraan semula kes berkenaan.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Muhzir pada 2010 dan bercerai pada Januari 2016.

Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain