suria

Berita gembira penutup 2023, Uyaina Arshad hamil anak kedua selepas keguguran Julai lalu

Kandungan Uyaina kini memasuki trimester kedua.

SELEPAS mengalami keguguran pada Julai lalu, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad memaklumkan dia kini sedang hamil anak kedua.

Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, berkongsi berita gembira itu dengan perasaan teruja bakal menambah seorang lagi ahli dalam keluarga kecil mereka.

Kata Uyaina, kandungan dia kini memasuki fasa trismester kedua dan memohon doa agar urusan kehamilannya dipermudahkan.

uyaina1 - 1

Keluarga kecil Uyaina bakal bertambah tahun depan.

"Salam semua, kami ada berita gembira untuk dikongsi. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah... Kami bakal menyambut kelahiran anak kedua.

"Kandungan saya sudah di peringkat trimester kedua sekarang. Keluarga kami akan bertambah. Tolong doakan keluarga kecil kami dan semoga yang baik-baik untuk kalian juga," katanya.

Uyaina berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat buat kejutan hamil anak kedua, Uyaina Arshad keguguran

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad hanya sempat menyusu 2 minggu, bayi lelaki alami masalah 'tongue-tie'

Menerusi hantaran yang dibuat, Uyaina turut berkongsi video dia bersama suaminya iaitu Raja Syahiran dan anak mereka, Raja Urhan memberikan lambaian buat pengikut di media sosial.

Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu turut sempat mengucapkan selamat tinggal untuk tahun 2023 dan teruja untuk menyambut tahun baharu.

"Selamat tahun baru 2024 buat kita semua... Goodbye 2023, welcome 2024. Bismillah!," ujarnya.

uyaina2 - 1

Uyaina teruja berita gembira tentang kehamilannya.

Pada Mei lalu, Uyaina membuat kejutan buat suami ketika bercuti di Anantara, Desaru, Johor bagi memaklumkan dirinya sedang hamil.

Bagaimanapun kata Uyaina dia mengalami keguguran tidak lama selepas itu.

Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan pada 8 September 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain