SUDAH penat dituduh sebagai lelaki songsang, pelakon Atiq Azman akhirnya mendedahkan wajah teman wanitanya buat tatapan peminat. Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 23, mendedahkan dia sudah lama mengenali wanita asal Sarawak dikenali sebagai Sya yang juga merupakan peminatnya. Jelas Atiq, perkenalan mereka berlaku selepas Sya datang bertemu dengannya untuk mengambil gambar bersama dalam sebuah acara sebelum ini. Atiq kongsi foto wajah kekasih di Instagram. "Dia teman wanita saya dan kami sudah lama kenal... Sebenarnya dia pemiant saya. "Kami pernah ambil gambar bersama sebelum ini dan perkenalan kami bermula dari situ," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Atiq menjelaskan perkara itu selepas memuat naik foto bersama wanita berusia 21 tahun itu di dalam kereta. ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman melenting dituduh ‘gay’, minta netizen cermin diri sebelum mengata ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman hilang sabar, geram masih dituduh songsang gara-gara kongsi video gim... “Tolong simpan bodoh awak” Menerusi foto berkenaan, Atiq dilihat sempat mencuit pipi Sya sambil gadis berkenaan bersandar di bahunya. Berkongsi lebih lanjut, Atiq berkata, dia sudah penat mendiamkan diri mengenai dakwaan netizen menuduhnya sebagai seorang homoseksual. Pelakon itu berharap perkongsian itu dapat menutup mulut netizen daripada terus menuduhnya menjalinkan hubungan songsang dengan kaum sejenis. "Saya pernah beritahu sebelum ini tapi saya malas kongsi di media sosial tetapi mereka tak sudah-sudah menuduh saya seorang gay. Atiq mahu lebih terbuka mengenai hubunganya. "Apa yang saya kongsikan ini semua betul bukan sebab nak tutup mulut netizen. Saya dah malas nak berdiam diri lagi. "Saya dan teman wanita ada saja keluar bersama tapi mungkin tak kecoh sebab tiada orang yang rakam," kongsinya. Mengulas mengenai perkongsian foto mesra mereka berdua, Atiq mengaku rasa bersalah selepas memuat naik gambar berkenaan memandangkan keluarga ada berpesan agar menjaga batas. "Sebenarnya saya pun tak patut kongsi gambar saya dengan Sya di media sosial sebab keluarga ada tegur jaga batas. "Saya tahu gambar tindakan itu salah sebab tidak menjaga jarak namun berharap peminat yang sentiasa menyokong saya tidak terkejut," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!